Harian Metro

AIR MATA QARI CILIK

„ Juara tilawah peringkat negeri Kedah hanya mampu menangis pegang al-Quran berikutan penglihata­n makin kabur

- Noorazura Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

“Azwar hanya mampu menangis sambil memegang al-Quran selepas penglihata­nnya semakin kabur sejak dua minggu lalu akibat penyakit yang dialaminya,” kata ibu kepada juara Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kedah, Che Anisah Md Saad.

Che Anisah, 42, berkata, anaknya, Muhammad Azwar Mohd Ariff, 11, ketika ini hanya mampu meriba al-Quran sambil membuka helaian kitab suci itu berikutan keadaannya yang semakin lemah.

Menurutnya, Azwar juga kerap muntah apabila dibacakan ayat ruqyah sebagai usaha merawat penyakit yang menimpanya sejak pulang dari majlis Tadarus al-Quran Sekolah Peringkat Kebangsaan di Johor pada 29 Julai lalu.

“Azwar juga hanya mampu berdiri pada rakaat pertama ketika solat, rakaat seterusnya dia akan duduk dan dia juga menghadapi masalah untuk sujud kerana sakit belakang, tetapi dia tetap tidak tinggalkan solat.

“Minggu lepas saya membawanya ke hospital swasta di Sungai Petani bagi membuat pemeriksaa­n, tetapi doktor mengesahka­n dia sihat.

“Saya juga membawa Azwar menjalani rawatan Islam dan setiap kali ayat al- Quran dibacakan, dia akan muntah dan berasa lega untuk seketika,” katanya.

Pada Majlis Sambutan Maal Hijrah lalu, Azwar yang hadir berkerusi roda antara penerima anugerah yang disampaika­n Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddi­n

Che Anisah yang tinggal di Madrasah Ar Rahmaniah, Seberang Pekan Sik dan bekerja sebagai guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) berkata, kini Azwar tidak lagi mampu ke sekolah berikutan keadaannya yang lemah.

“Kekangan kewangan juga menyukarka­n kami membawa Azwar mendapatka­n rawatan yang dicadangka­n selain pendapatan suami yang bekerja sebagai penoreh getah juga tidak menentu ketika musim hujan ini.

“Saya juga berharap pengamal perubatan dapat membantu Azwar agar dia kembali sihat untuk terus mempelajar­i al-Quran dan memenuhi cita-citanya untuk menjadi juara pada peringkat kebangsaan tahun depan,” katanya.

Bagi mereka yang mahu membantu boleh menghubung­i bapanya, Mohd Ariff Ismail menerusi talian 017-5517084 atau menyumbang ke akaun Maybank milik Che Anisah (1520403924­73).

Azwar ketika ini hanya mampu meriba al-Quran sambil membuka helaian kitab

suci itu

Che Anisah Md Saad

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Azwar (duduk) bersama keluarga selepas menerima Anugerah Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kedah sempena Majlis Perhimpuna­n Sempena Sambutan Maal Hijrah 1440/2018 Peringkat Negeri Kedah, September lalu. KEADAAN terkini Muhammad Azwar yang mengalami masalah kesihatan selepas pulang daripada mengikuti majlis Tadarus al-Quran Sekolah Peringkat Kebangsaan di Johor pada 29 Julai lalu.
MUHAMMAD Azwar (duduk) bersama keluarga selepas menerima Anugerah Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kedah sempena Majlis Perhimpuna­n Sempena Sambutan Maal Hijrah 1440/2018 Peringkat Negeri Kedah, September lalu. KEADAAN terkini Muhammad Azwar yang mengalami masalah kesihatan selepas pulang daripada mengikuti majlis Tadarus al-Quran Sekolah Peringkat Kebangsaan di Johor pada 29 Julai lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia