Harian Metro

MISTERI 4 BERANAK

„ Jasad tiga beranak ditemui di sungai berdekatan rumah saudara terdekat

- Muhammad Mustakim Ramli, Nor Farhani Che Ad dan Dziyaul Afnan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

> Kali terakhir empat beranak ini dilihat adalah pagi semalam ketika turun teksi tiga kilometer daripada rumah saudara yang dituju. Seorang saudara yang terserempa­k hairan kenapa mereka berjalan begitu jauh tetapi pengakhira­nnya penuh misteri apabila mayat Baharom Ahmad, 66, isteri Norma Pin, 64 dan anak Norzalina, 35, ditemui lemas di dua sungai berasingan. Seorang lagi anak, Mohd Zali, 37, masih belum ditemui.

“Mereka turun dari teksi kira-kira tiga kilometer (km) dari rumah saudara terdekat. Selepas itu mereka hilang sebelum ditemui lemas,” kata Norhan Abdullah, anak saudara Norma Pin, 64, seorang daripada tiga beranak yang lemas di Sungai Tambun Tulang di sini, semalam.

Selain Norma, suaminya, Baharom Ahmad, 66, dan anak mereka, Norzalina, 35, turut ditemui lemas antara jam 9 pagi dan 1 tengah hari di Sungai Arau di sini.

Seorang lagi anak mereka, Mohd Zali, 37, masih hilang dan dikhuatiri turut lemas.

Norhan berkata, empat beranak yang sebelum ini tinggal di Sungai Petani, Kedah kerap pulang ke Kampung Belat Batu di sini, untuk melawat saudara.

“Cuma kali ini, pelik sedikit sebab mereka turun dari teksi jauh sangat daripada rumah saudara. Anak saya perasan mereka berjalan dan sempat menegur, tetapi sekadar tegur dari atas motosikal, tidak berbual.

“Itu kali terakhir mereka dilihat. Kami hanya tahu mereka meninggal selepas dimaklumka­n orang kampung,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd ketika dihubungi mengesahka­n penemuan tiga mayat terbabit.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9 pagi semalam dan dimaklumka­n mengenai penemuan dua mayat wanita iaitu Norma yang hanyut di Sungai Tambun Tulang dan mayat Norzalina di Sungai Arau.

“Mayat Baharom ditemui jam 1 tengah hari beberapa kilometer dari tempat anak perempuann­ya ditemui.

“Anak lelakinya yang dilaporkan ada bersama mereka sebelum kejadian belum ditemui dan operasi mencari masih dilakukan pihak bomba,” katanya.

Beliau berkata, semua mayat ditemui dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan yang boleh mengaitkan­nya dengan jenayah.

“Setakat ini, kami mengklasif­ikasikan kes sebagai mati mengejut. Bagaimanap­un

FAKTA Seorang lagi anak mereka Mohd Zali masih hilang dikhuatiri turut lemas

siasatan terperinci masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar.

“Semua mayat itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di sebuah rumah di Taman Seruling, Sungai Petani berdasarka­n alamat di MyKad mangsa, jiran memaklumka­n mereka sekeluarga berpindah keluar sejak setahun lalu.

Jirannya yang dikenali sebagai Syukri, 43, berkata, penduduk taman hanya mengenali Baharom yang dipanggil sebagai Pak Long kerana kerap ditemui di masjid.

“Pak Long kerap ke masjid tetapi dia tidak banyak bercakap dengan jemaah dan ahli keluargany­a juga pendiam dan tidak bercampur dengan penduduk lain.

“Sejak itu, saya tidak tahu mereka berpindah ke mana, ada yang kata mereka berpindah ke Taman Puteri Jaya dan terbaru kata mereka tinggal di Taman Ria Jaya,” katanya yang terkejut dengan kejadian berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? MAYAT mangsa lemas dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Gambar kecil, Norma.
MAYAT mangsa lemas dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Gambar kecil, Norma.
 ??  ?? KAKITANGAN unit forensik membawa mayat mangsa lemas yang ditemui di Sungai Tambun Tulang, semalam.
KAKITANGAN unit forensik membawa mayat mangsa lemas yang ditemui di Sungai Tambun Tulang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia