Harian Metro

KELAR LEHER 4 ANAK

„ Ibu cuba bunuh diri selepas ‘sembelih’ 4 anak

- Suzianah Jiffar dan Junaidi Ladjana cnews@nstp.com.my

Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut manakala dua kakak dan abangnya parah selepas leher mereka dikelar ibu kandung dalam kejadian di kuarters sebuah pusat peranginan di Pulau Mantanani, dekat sini, semalam.

Jerry Yohanes meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua kakaknya Nurul Hanisa, 8, Melati, 7, dan abangnya Jehan, 5, parah di leher selepas dikelar dengan pisau dan kini menerima rawatan di Hospital Kota Belud.

Suspek berusia 30 tahun yang juga ibu kandung mangsa kemudian cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya sendiri, namun berjaya dihalang oleh suaminya.

Menurut sumber, suami kepada suspek dalam keadaan berlumuran darah meminta bantuan kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16 yang sedang membuat rondaan berhampira­n sebuah pusat peranginan di Pulau Mantanani, jam 1.40 tengah hari.

“Lelaki itu dalam keadaan berlumuran darah meminta bantuan dan mengatakan bahawa empat anaknya parah dikelar di kuarters mereka.

“Susulan maklumat itu, sepasukan PGA Batalion 16 bergegas ke tempat kejadian bersama lelaki berkenaan. Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati empat kanak-kanak termasuk bayi terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Namun bayi lelaki berusia lapan bulan dipercayai sudah tidak bernyawa dengan kesan kelar dilehernya. Tiga lagi kanak-kanak parah dan turut terdapat kesan kelar dileher,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, ibu kepada mangsa turut ditemui parah dileher dipercayai cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya.

“Semua kanak-kanak yang parah dan ibu mereka dihantar ke Hospital Kota Belud menggunaka­n bot.

“Tiga kanak-kanak yang parah dan ibu mereka dilaporkan stabil,” katanya.

Difahamkan, suspek wanita itu mengalami kemurungan sebelum bertindak mengelar empat anaknya menggunaka­n pisau.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu dan seorang mangsa disahkan meninggal dunia.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

FAKTA Ibu mangsa turut ditemui parah dileher dipercayai cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis menyiasat tempat kejadian di Pulau Mantanani, Sabah.
ANGGOTA polis menyiasat tempat kejadian di Pulau Mantanani, Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia