Harian Metro

PENYOKONG PERLIS BERDEBAR

-

Baru-baru ini Persatuan Bola Sepak (PFA) mengumumka­n Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Shafie iaitu individu yang dikatakan berpengala­man luas dalam pembanguna­n bola sepak di peringkat akar umbi selama hampir 10 tahun, sebagai Presidenny­a yang baru.

Spy Bola pun terkejut juga dengan berita ini dan dalammasas­amaberasa sedikit lega setidaktid­aknya ada individu yang sanggup untuk memegang persatuan ini selepas bekas juara Piala Malaysia dan Liga Super ini melalui zaman kejatuhan dicampur pula pelbagai masalah kewangan.

Bagi mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut dan mendalam Spy Bola cuba melakukan risikan dengan menghubung­i rakan-rakan di Utara, mana tahu mungkin dapat maklumat terkini dan lebih sensasi.

Salah seorang rakan Spy Bola adalah penyokong tegar Singa Utara dan apa yang mengejutka­n dia sendiri pun tidak mendapat maklumat berkenaan Ahmad Amizal ini dengan lebih mendalam.

Bagaimanap­un, dia mengakui ada terbaca di internet mengenai berita kurang enak mengenai presiden baru ini, yang dikatakan pernah terbabit dalam penipuan Multi Level Marketing (MLM).

Spy Bola bukan jenis suka percaya sangat dengan berita di internet, tapi sedikit-sebanyak perkara itu menimbulka­n debaran buat segelintir peminat di Utara.

Sekarang Spy Bola hanya menganggap perkara itu sebagai khabar angin saja, sejauh mana kesahihan berita berkenaan masih lagi belum pasti, kalau betul sekali pun manusia boleh berubah dan mungkin itu adalah kisah silam yang sudah dilupakan Ahmad Amizal sendiri.

Mungkin ini adalah Ahmad Amizal yang baru, di mana fokusnya sekarang lebih murni demi kebaikan sukan negeri dan negara, kita harapkan begitulah.

Setidak-tidaknya, keberanian beliau untuk memegang pasukan yang sedang merudum dan berjanji menyelesai­kan beberapa masalah termasuk gaji tertungguk harus dipuji.

Apa pun kita berdoa saja yang terbaik untuk pasukan pada satu ketika sangat digeruni dengan kehadiran beberapa import berprofil tinggi seperti Philimon Chipeta, Emile Mbouh-Mbouh, Kiatisak Senamuang, Zacharia Simukonda dan Stephen Keshi.

Spy Bola: Rhempuh Perlis Rhempuh

 ??  ?? AHMAD Amizal (tengah) presiden baru PFA.
AHMAD Amizal (tengah) presiden baru PFA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia