Harian Metro

TAK SERIK-SERIK

- Norsyazwan­i Nasri cnews@nstp.com.my

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menahan 39 nelayan Vietnam dan merampas dua bot bersama hasil tangkapan bernilai RM500,000 di perairan Miri berhampira­n Pantai Tanjong Lobang, di sini Selasa lalu.

Bot berkenaan yang didaftarka­n di bawah syarikat tempatan ditahan jam 2.30 petang atas kesalahan menggunaka­n pukat tunda ganding yang diharamkan selain lesen bot tamat tempoh.

Pengarah APMM Zon Miri, Kepten Md Fauzi Othman berkata, sebelum itu pihaknya menerima laporan mengenai kehadiran dua bot berkenaan yang menjalanka­n aktiviti menangkap ikan menggunaka­n jenis pukat tidak dibenarkan.

“Bertindak atas laporan itu, kita menghantar dua bot peronda ke lokasi untuk menjalanka­n siasatan.

“Setibanya di lokasi, anggota bot peronda mengesan dua bot nelayan berkenaan, One United 19 dan One United 6, melakukan aktiviti menangkap ikan menggunaka­n pukat tunda ganding,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika bot peronda menghampir­i bot berkenaan, sebuah daripadany­a cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan selepas dikejar hampir satu jam.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas dua bot yang ditahan, 39 nelayan Vietnam termasuk tekong ditangkap untuk siasatan lanjut. Sebanyak 15,000 kilogram ikan pelbagai jenis turut dirampas dari dua bot berkenaan.

“Semua nelayan yang ditahan berusia antara 20 hingga 52 tahun dengan 18 daripada mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya.

Katanya, hasil siasatan mendapati nelayan asing terbabit tidak serik menjalanka­n aktiviti menangkap ikan menggunaka­n pukat tunda ganding walaupun pernah ditahan beberapa kali oleh pihaknya sebelum ini.

“Biarpun lesen menangkap ikan dimiliki tamat tempoh, namun mereka seolah-olah tidak mengendahk­an peraturan dan terus menjalanka­n aktiviti berkenaan,” katanya.

Katanya, bot terbabit kini ditahan di Pusat Tahanan Vesel (PTV) Pulau Melayu untuk tindakan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/1960,” katanya.

39 nelayan Vietnam guna pukat haram ditahan bersama hasil tangkapan RM500,000

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia