Harian Metro

Cam jari bengkok sepupu

-

Georgetown: “Saya cam jari kaki kanannya yang bengkok kerana di kampung dia dikenali kerana jari kaki kanannya yang cacat,” kata Mukhlidu, 32, yang juga sepupu kepada mangsa ketujuh yang mayatnya dijumpai dalam kejadian runtuhan di tapak pembinaan jalan berkembar Paya Terubong, di sini, semalam.

Katanya, dia tinggal di Jugekali, Bangladesh manakala mangsa Md Abdul Jalil, 34, tinggal di Redak yang jaraknya dua hingga tiga kilometer.

Menurutnya, mereka sempat berbual melalui telefon bimbit enam hari lalu dan mahu berjumpa kerana sudah lama tidak makan bersama.

“Saya berada di kawasan pencarian sejak Jumaat lalu dan menanti khabar bila Abdul Jalil dibawa naik selepas mengetahui kejadian menimpanya.

“Ia begitu mendukacit­akan kerana kami tidak dapat bertemu kerana ketika itu kami bekerja dan menung- gu cuti,” katanya.

Menurutnya, Abdul Jalil sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak dan di kampung mereka sering bermain bersama.

Mayat Abdul Jalil yang ketiga dikeluarka­n dari kawasan runtuhan semalam menjadikan jumlah keseluruha­n ditemui pasukan penyelamat ialah tujuh orang sejak Jumaat lalu.

Dalam kejadian tanah runtuh Paya Terubong kelmarin, tujuh mayat mangsa yang tertimbus dikeluarka­n pasukan penyelamat, mereka ialah Samsul, 19, (Indonesia), Attrul, 35, (Bangladesh), wanita warga Myanmar Khin Aye Khiang, 33, (Myanmar) dan Bakhtiar, 36, (Indonesia), Mithu Hossain, 30, (Bangladesh), Mustak Hossain, 25, (Bangladesh) dan Md Abdul Jalil, 34, (Bangladesh).

Mereka yang cedera dan menerima rawatan ialah, Shamim, 24, (Bangladesh) dan dua wanita warga Indonesia Wa Iri, 36, dan Norazizah, 24, yang cedera di kaki.

 ??  ?? MUKHLIDU mengiringi jenazah Md Abdul Jalil menaiki trak polis.
MUKHLIDU mengiringi jenazah Md Abdul Jalil menaiki trak polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia