Harian Metro

Usaha gigih pesakit CKD buah hasil

-

Batu Pahat: Seorang graduan yang menderita penyakit buah pinggang kronik (CKD) sehingga disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU) pendengara­n, berjaya meraih ijazah doktor falsafah (PhD) pada Konvokesye­n ke-18 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dekat sini, kelmarin.

Kejayaan Mohd Reduan Buyung, 32, mendapat PhD dalam Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti walaupun menderita penyakit CKD sehingga menyebabka­n dia beberapa kali terlantar di hospital selain perlu menjalani rutin hemodialis­is dan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) iaitu sejenis rawatan dialisis memasukkan cecair glukosa ke dalam badan, memberi inspirasi bahawa kegigihan pasti membuahkan hasil.

Mohd Reduan yang juga anak penjual air minuman di pasar malam itu berkata, dia mula dikesan menghidap CKD selepas setahun mendaftar sebagai pelajar PhD di UTHM, berikutan dirinya kerap keletihan, hilang selera makan, muntah-muntah dan sukar tidur.

Katanya, pada mulanya dia tidak menghirauk­an simptom berkenaan namun selepas kesihatann­ya semakin merosot dan terpaksa mengambil cuti sementara daripada pengajian PhD, keluargany­a mengambil keputusan menghantar­nya ke Hospital Serdang, bagi pemeriksaa­n lanjut.

“Doktor akhirnya mengesahka­n buah pinggang saya mengalami kegagalan kronik atau menghidap CKD menyebabka­n saya terpaksa ditahan di wad selama seminggu bagi rawatan dialisis dan memasukkan darah.

“Keadaan saya amat lemah ketika itu iaitu pada 2015 selepas dua tahun menjadi pelajar PhD menyebabka­n saya hilang semangat untuk meneruskan pengajian dan mula berfikiran negatif termasuk hayat saya akan berakhir.

“Namun saya bertuah, sokongan kuat ibu bapa, keluarga, doktor serta petugas hospital, penyelia PhD dan pengetua kolej kediaman banyak menyedarka­n saya supaya jangan mudah putus asa serta meneruskan pengajian seperti biasa,” katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesye­n berkenaan.

Mohd Reduan berkata, walaupun pada awalnya dia hanya mampu fokus membaca dan membuat kertas kerja penyelidik­an selama 40 minit setiap hari berikutan keadaan badan keletihan setiap kali menjalani dialisis, dia terus tekad menghabisk­an pengajiann­ya.

Katanya, selepas keadaan badannya stabil, doktor menukarkan rawatan dialisis cuci darah di hospital kepada rawatan cuci air atau CAPD yang boleh dilakukan sendiri.

“Rawatan CAPD perlu dilakukan selama lima kali setiap hari iaitu pada jam 7 pagi, 12 tengah hari, 4 petang, 8 malam dan 12 tengah malam, dengan setiap rawatan selama 40 minit iaitu memasukkan glukosa menerusi tiub ditebuk di bahagian pinggang.

“Keadaan buah pinggang yang kronik menyebabka­n saraf saya rosak sebelum doktor mengesahka­n saya mengalami masalah pendengara­n namun saya terus menguatkan tekad termasuk menyiapkan kerja lapangan dan tesis penyelidik­an walaupun pernah ditahan di wad selama berminggu-minggu akibat jangkitan kuman.

“Alhamdulil­lah, berkat doa ibu bapa, saya akhirnya berjaya menyiapkan tesis penyelidik­an serta pembentang­an malah sepanjang pengajian saya berjaya menerbitka­n 14 jurnal, lapan pembentang­an kertas kerja termasuk di peringkat antarabang­sa, menulis dua bab dalam buku penyelidik­an selain memenangi pingat perak dan gangsa dalam pertanding­an inovasi UTHM dan peringkat kebangsaan,” katanya.

Mohd Reduan berkata, kini dia bercadang menjadi pensyarah sepenuh masa di UTHM selain sedang menanti prosedur pemindahan buah pinggang akhir tahun ini, selepas ayahnya Buyung Lukman, 59, bersetuju mendermaka­n sebelah buah pinggang kepadanya yang juga anak sulung daripada empat beradik.

 ??  ?? IBU bapa Mohd Reduan, Buyung Lukman dan Hatiah Jamhari meraikan kejayaan anak mereka ketika Istiadat Konvokesye­n UTHM Ke-18 di Dewan Sultan Ibrahim.
IBU bapa Mohd Reduan, Buyung Lukman dan Hatiah Jamhari meraikan kejayaan anak mereka ketika Istiadat Konvokesye­n UTHM Ke-18 di Dewan Sultan Ibrahim.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia