Harian Metro

Terus warnai lembaran seni

- DARI MUKA R21

Selain nyanyian, Kaka juga jatuh cinta pada

dunia lakonan

Pertama kali tampil dengan lagu Bawaku Pergi berganding­an dengan Zizan Razak, anak jati Klang, Selangor ini turut berjinakji­nak dalam penulisan lagu. Dia mengambil pengalaman sendiri dan orang sekeliling untuk dijadikan bahan dalam berkarya.

Bagaimanap­un, Kaka menegaskan dia masih belajar dan tidak tahu sama ada lagu ciptaan sendiri akan dimuatkan dalam album atau menggunaka­n khidmat komposer lain.

“Sudah lama keluarga dan rakan sarankan saya tulis lagu sendiri. Ketika itu saya belum yakin mampu melakukann­ya. Sekarang, barulah dapat kekuatan untuk mencuba.

“Apabila menyanyika­n lagu tulisan sendiri, ‘feel’ lain sikit sebab dekat dengan diri kita,” katanya.

Tidak hanya fokus dengan kerjaya nyanyian, Kaka turut mewarnai lembaran seninya dengan menceburi bidang lakonan. Meski bukan kerap muncul di kaca televisyen, Kaka mengakui jatuh cinta dengan cabang seni berkenaan.

Pernah membintang­i filem Interchang­e dan beberapa telefilem seperti Inai Yang Hilang dan Rama-Rama,

Kaka turut melebarkan sayap ke Indonesia dengan menjayakan naskhah Zharfa The Movie.

Walaupun tidak banyak pengalaman berlakon, dia terharu kerana diberikan kepercayaa­n memegang watak utama sebagai Zharfa dalam filem berkenaan.

“Saya tidak hanya memegang watak utama tetapi turut berganding­an dengan pelakon Indonesia iaitu

Donny Alamsyah. Memang tidak sangka saya diberikan kepercayaa­n besar seperti itu.

“Jalan cerita dan watak itu sendiri sebenarnya agak berat untuk saya jayakan. Namun, saya terima sebagai salah satu cara untuk menembusi pasaran seni di sana,” katanya.

Tampil pertama kali di Indonesia dalam sebuah filem, wanita itu tidak kisah andai peminat negara itu lebih mengenalin­ya sebagai pelakon. Namun begitu, Kaka berharap peminat di Indonesia turut menerima muzik dan lagu nyanyianny­a.

TIBA MASA FIKIR BAHAGIA ABADI

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia