Harian Metro

Ligat promosi sambal belacan

-

Ketika ramai wanita seusianya sibuk menjual barangan kosmetik, minuman kurus, alat solek, busana indah mahupun tudung pelbagai rekaan, Ruzaimah Badron, 29, ligat mempromosi­kan sambal belacan.

Agak janggal kerana wanita berasal daripada Kempas, Johor Bahru

(JB) ini masih muda dan cantik orangnya. Jangan salah faham. Penulis bukan bermaksud orang yang menjual sambal belacan harus berumur dan berwajah ala kadar, tetapi realiti menunjukka­n perniagaan sebegini lazimnya dimonopoli pengusaha berpengala­man dari kampung atau mereka yang sudah hampir ke pertengaha­n usia.

Apabila persoalan ini ditujukan kepada Ruzaimah, dia hanya tersenyum manis. Baginya, usia tidak menjadi soal dalam memilih jenis perniagaan asalkan ada kebolehan, keyakinan dan kesungguha­n untuk berjaya.

Dia yang menyandang gelaran ibu tunggal sejak awal tahun ini mengakui memang minat berniaga sejak zaman persekolah­an. Biarpun sekadar menjual gula-gula dan keropok, asalkan usahanya menguntung­kan, dia sudah seronok.

“Sejak dulu kerja saya memang berniaga. Pernah juga saya cuba bekerja sambilan dengan orang selepas tamat sekolah, tetapi kebanyakan peluang yang datang tidak memberi kepuasan pada diri.

“Kemudian, saya berkahwin pada umur 19 tahun dan membuat keputusan berniaga dengan lebih serius. Saya mencuba pelbagai jenis perniagaan dan mula sedar memang meminati bidang pemasaran. kesannya mungkin akan terus kekal sepanjang hayat.

Dilahirkan normal dan membesar seiring anak remaja lain, wanita ini diduga dengan ujian maha hebat. Tiada siapa tahu, apatah lagi dapat menjangka tubuh yang sihat suatu ketika dulu hilang keupayaan diri begitu saja.

“Saya bergelar OKU tanpa sedar. Pada hari berkenaan, saya terjaga dari tidur dan berusaha bangun untuk bersiap dan ke sekolah seperti biasa. Namun, hairan apabila tubuh terasa begitu lesu dan kaku.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia