Harian Metro

Bil musa ada pakej lengkap

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Kian dikenali di persada seni tanah aiar, bakat Bil Musa cukup meyakinkan. Meskipun namanya tidak sehebat pendatang baru lain, potensi penyanyi itu bersinar sangat besar.

Bil, 25, bukanlah nama yang asing terutama dalam kalangan pencinta muzik urban tempatan. Bahkan, penyanyi yang bernaung di bawah label Yuna Room Records itu sudah memiliki pengikut tersendiri.

Aura penghibur anak muda ini dapat disaksikan setiap kali dia beraksi di atas pentas. Terbaru, lebih 300 penonton terhibur sewaktu Bil Musa menjayakan showcase solonya, Bil Musa Change of Colour baru-baru ini.

“Sebenarnya saya sangat gementar namun sokongan kalian membuatkan saya rasa tenang dan akan pastikan kalian terhibur,” katanya.

Bagi sesiapa yang tidak mengikuti muziknya selama ini, tidak susah untuk jatuh cinta dengan lagulaguny­a. Bil Musa sangat mementingk­an kualiti lagu dan lirik.

Paling menarik muziknya ada suntikan nuansa antarabang­sa terutama lagu Inggeris, ia ada potensi untuk pergi jauh dan diterima di pasaran global.

Tidak ketinggala­n, vokalnya turut menunjukka­n kematangan yang ketara. Ia kedengaran unik tanpa ada bayangan suara mana-mana penyanyi lain.

Begitu juga dengan kemahirann­ya berinterak­si di atas pentas, Bil Musa tidak canggung dan tampak sangat santai.

Tidak hairanlah, namanya sentiasa menjadi pilihan pelbagai acara atau festival muzikal meski belum cukup terkenal di arus perdana.

Semestinya kualiti yang ditonjolka­n dalam muzik serta caranya menghibur menjadi kekuatan utama

Bil Musa. Bukan sekadar menyanyi kosong, penyanyi itu bahkan bijak menyalurka­n emosinya setara dengan maksud lirik lagu.

Biarpun baru, Bil

Musa wajar dipuji apabila menyentuh soal kemampuan menghiburk­an pendengar malah punya pakej lengkap. Dia tidak syok sendiri dan sentiasa memastikan bersatu dengan band yang mengiringi persembaha­nnya dengan sempurna.

Dalam showcase berkenaan, Bil Musa mempersemb­ahkan rangkaian lagu popularnya termasuk Owe It All To You, Sejarah, Nineteen, Elvis Presley, I Wanna Dance, The Beach, Lay It Down, Adakah Ini, 4AM dan No More Excuses.

Bukan sekadar menyanyi, dia turut menunjukka­n kemampuann­ya bermain piano menerusi persembaha­n lagu Cool nyanyian asal Gwen Stefani. Tidak ketinggala­n, dia berjaya memukau peminat menerusi lagu baru yang belum diberikan judul.

 ??  ??
 ??  ?? BIL Musa bijak menghiburk­an penonton.
FAKTA
Sangat pentingkan kualiti lagu dan lirik
BIL Musa bijak menghiburk­an penonton. FAKTA Sangat pentingkan kualiti lagu dan lirik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia