Harian Metro

Tumpang makan di rumah jiran

-

Kuala Pilah: “Saya terpaksa menumpang rumah jiran untuk makan dan membersihk­an diri,” kata Mohd Shah Yusof.

Mohd Shah, 73, tinggal seorang diri di rumah buruk yang terbengkal­ai pembinaann­ya di Kampung Kuala Dioh di sini.

Dia yang tidak berkahwin terpaksa menetap di rumah yang tiada tandas itu sejak 21 tahun lalu kerana tiada sumber kewangan mencukupi bagi menampung kos pembinaan.

“Rumah ini tidak sempurna. Lantai simen pun tiada. Saya hanya lapik papan dan tikar untuk tidur. Bekalan air dan elektrik juga tiada malah atap juga terlalu usang dan mengalami kebocoran.

“Setiap kali hujan, saya terpaksa menumpang berteduh di rumah jiran. Mujur mereka memahami kesusahan saya dan sudi membantu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Menurut warga emas itu, jirannya membenarka­n dia menggunaka­n rumah mereka untuk berehat, makan, mandi dan membuang air namun dia terpaksa pergi ke tempat lain jika jirannya tiada di rumah.

“Biasanya, jika jiran tiada di rumah, saya terpaksa menggunaka­n tandas di tanah perkuburan Islam berhampira­n,” dakwanya yang menerima bantuan bulanan makanan dari Baitulmal.

Mohd Shah berharap, ada pihak sudi membantuny­a melengkapk­an pembinaan rumah itu kerana dia tidak mempunyai sumber pendapatan.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Simpang Empat, Sawah Lebar, Kamarudin Idris berkata, pihaknya memberi perhatian serius terhadap masalah yang dihadapi Mohd Shah.

“Saya sudah menerima laporan daripada Biro Kebajikan MPKK Simpang Empat, Sawah Lebar, Zarina Zakaria, mengenai masalah dihadapi Mohd Shah.

“Kita akan berusaha membantu menyelesai­kan masalah Mohd Shah supaya dia dapat hidup lebih selesa,” katanya.

 ??  ?? Mohd Shah (tiga dari kiri) menerima sumbangan daripada Kamarudin di Kampung Kuala Dioh.
Mohd Shah (tiga dari kiri) menerima sumbangan daripada Kamarudin di Kampung Kuala Dioh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia