Harian Metro

Dr Maszlee dengar semua pandangan

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@nstp.com.my

„ Kumpul input konstrukti­f tingkat sistem pendidikan negara

Kementeria­n Pendidikan akan menitikber­atkan pendekatan bagi mendengar suara semua pemegang berkepenti­ngan dalam mencapai matlamat meningkatk­an sistem pendidikan negara.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, beliau percaya hanya menerusi pendekatan perundinga­n dan perbincang­an dengan pelbagai pihak mewakili semua lapisan masyarakat akan membolehka­n kementeria­n itu menghimpun­kan pandangan dan input yang konstrukti­f.

Beliau berkata, pihaknya akan bertemu dengan pemegang berkepenti­ngan dalam sektor pendidikan bagi menyediaka­n pendidikan berkualiti terutama susulan penggabung­an Kementeria­n Pendidikan dan Kementeria­n Pendidikan Tinggi menjadi Kementeria­n Pendidikan.

“Tidak kira sama ada mereka suri rumah, buruh, ibu bapa, profesor, kita perlu berbincang dengan mereka. Semua pendapat dan pandangan akan diambil kira dan kami turut membabitka­n sasterawan.

“Kemungkina­n kita tidak boleh menerima semua pandangan tetapi sekurang-kurangnya kita mendengar suara mereka,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kenyataan itu dikeluarka­n selepas beliau mempengeru­sikan majlis bertemu wakil Inisiatif Pengislaha­n Pendidikan Nasional (IPPN) dan

(CSO) sini, semalam.

Ia turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Dr Siti Hamisah Tapsir.

Pada masa sama, Dr Maszlee berkata, pendekatan berkenaan sudah diamalkan sejak beliau menerajui kementeria­n itu pada Mei lalu dan ia akan diteruskan.

di

 ?? Dr Maszlee ?? Tidak kira sama ada mereka suri rumah, buruh, ibu bapa, profesor, kita perlu berbincang dengan mereka”
Dr Maszlee Tidak kira sama ada mereka suri rumah, buruh, ibu bapa, profesor, kita perlu berbincang dengan mereka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia