Harian Metro

Lelaki miang menggatal di LRT Kelana Jaya

-

Seorang wanita mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika menggunaka­n Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, petang Khamis lalu.

Wanita yang dikenali sebagai Nur Suhana mendakwa, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, lelaki sama turut berdiri terlalu rapat di belakang seorang lagi penumpang wanita.

Keluhan wanita itu di laman Twitter mula tular di media sosial sejak semalam apabila dia turut memuat naik tiga gambar perbuatan lelaki terbabit yang memakai baju warna biru dan kuning.

Dalam catatannya di Twitter, wanita itu menulis ‘@MyRapidKL Assalam. Baru lepas jadi kat saya. Lelaki ni rapat dari arah belakang. Now dia rapat dengan other passenger.

“Turun di stesen Universiti at 6pm. No tren 275 arah ke Putra Height Kelana Jaya line. Done buat aduan di whatsap hotline jenayah rapidkl,” katanya di laman Twitternya yang turut dikongsi netizen.

Gambar yang dimuat naik menunjukka­n seorang lelaki berbaju biru dengan jalur kuning berdiri sangat rapat dengan seorang wanita bertudung dan memakai baju berwarna hitam sedangkan keadaan di dalam tren tidak sesak untuk memaksa penumpang lelaki itu menghimpit penumpang lain.

Lelaki terbabit dilihat seolah-olah cuba mendekatka­n kemaluanny­a ke arah wanita berkenaan yang dilihat leka bermain telefon bimbitnya.

Usaha wartawan untuk menjejaki mangsa yang memuat naik catatan itu gagal selepas dipercayai menutup akaun Twitternya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia