Harian Metro

‘BARA’ DALAM DINDING

- lapor Amir Abdul Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim.

Penggunaan pelapis atau cladding sebagai penebat haba untuk mencantikk­an struktur luar bangunan mengundang risiko besar amukan api ketika kebakaran. Ini kerana bahan polyethele­ne itu mudah terbakar. Setakat ini, 83 bangunan di seluruh negara dikesan menggunaka­n bahan berkenaan,

„ Bomba bertindak elak insiden Grenfell Tower berlaku di Malaysia

Cuaca di negara ini yang panas terik memungkink­an penggunaan lapisan pelapis atau cladding sebagai penebat haba bagi menghalang pancaran matahari mengenai terus ke dalam bangunan.

Namun, di sebalik penggunaan bahan berkenaan yang dibuat daripada bahan mudah terbakar, ia sebenarnya dianggap perangkap maut atau bom jangka jika berlaku kebakaran.

Inilah yang berlaku apabila bangunan Grenfell Tower di barat laut London, United Kingdom (UK) yang menggunaka­n cladding hangus dijilat api hingga meragut 79 nyawa.

Menurut sumber, kebakaran cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada 13 Februari lalu kerana menggunaka­n bahan sama telah menggerakk­an satu siasatan khas dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mengesan premis yang menggunaka­n cladding sebagai binaan luaran bangunan di ibu kota dan Selangor.

“Hasilnya, lima bangunan penting perniagaan termasuk Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) didapati menggunaka­n lapisan pelapis atau cladding sama yang digunakan di bangunan KWSP.

“Kami khuatir premis bangunan yang menjadi tumpuan ramai itu terbakar sehingga membabitka­n kematian. Bila ini berlaku, tiada guna menyesal,” katanya.

Menurutnya, tujuan utama lapisan pelapis dipasang di bangunan adalah bertujuan menebat haba, selain mencantikk­an kawasan luaran premis itu.

“Cladding ini terdiri daripada dua lapisan iaitu dalam dan luar. Lapisan luarnya menggunaka­n aluminium yang sukar terbakar. Namun, bahagian dalam pula menggunaka­n bahan berasaskan petroleum sama ada polyethele­ne ataupun polyform. Sifatnya seperti plastik dan mudah terbakar.

“Cladding ini selalunya setebal dua milimeter (mm) dan selebar 243 sentimeter,” katanya.

Katanya, siasatan punca kebakaran di KWSP mendapati berlaku daripada percikan api ketika kerja pengubahsu­aian di tingkat satu yang terkena lapisan pelapis.

“Inilah kelemahan cladding itu, ia mudah terbakar dan apabila mula (terbakar) api cepat merebak,” katanya.

Semakan mendapati mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984, lapisan pelapis atau cladding dibenarkan dipasang pada premis yang tidak melebihi 18 meter tinggi.

Sementara itu, JBPM mengesahka­n Bangunan Satelit KLIA adalah antara 83 bangunan di seluruh negara yang berisiko tinggi kerana menggunaka­n cladding.

Ketua Pengarahny­a, Mohammad Hamdan Wahid berkata, ini disebabkan bangunan itu terdedah kepada risiko kebakaran disebabkan penggunaka­n bahan mudah berapi itu.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengeluark­an notis supaya menghapusk­an bahaya kebakaran itu (MBK) mengikut Seksyen 8 Akta 341 premis berkenaan dengan menanggalk­an, mengalih atau memperbetu­lkan clading berkenaan.

“Bangunan yang disebutkan itu tadi melanggar Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Tetapi sebenarnya kita tak boleh salahkan tuan punya bangunan.

“Apabila dia cakap nak cantikkan bangunan, juruhias bangunan atau arkiteknya akan berikan cadangan. Tetapi apa bahan dipakai, biasanya tuan punya bangunan akan pilih bahan yang paling murah.

“Cladding yang mengandung­i bahan mudah terbakar seperti polystyren­e, polyethele­ne dan poly properlene murah dalam pasaran berbanding metal serta aluminium composite panel yang lebih mahal. Tukang pasang pula akan buat ikut apa kehendak tuan punya bangunan,” katanya dalam temubual bersama Harian Metro di pejabatnya.

Biasa pemasangan clading itu dibuat selepas premis atau bangunan tertentu itu sudah diserahkan standard antarabang­sa Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO) atau Sijil Siap dan Pematuhan (CCC).

Dalam perkembang­an berkaitan, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengakui menggunaka­n cladding, namun penggunaan­nya mendapat kelulusan JBPM.

MAHB dalam kenyataan kepada Harian Metro berkata, struktur pembinaan bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dibina berdasarka­n kelulusan JBPM terhadap lukisan arkitek pada November 1995.

Menurutnya, lukisan itu turut mengandung­i kandungan material bahan binaan yang digariskan dengan jelas iaitu Aluminium Frame Double Glazed Curtain Wall, Stainless Steel Panel to External Fascia Cut In, Painted Raking Column(s) Aluminium Panel Cladding, Aluminium Curtain Wall Double Glazed, Stainless Steel Roof Pitch on Steel Truss and Cable Hangers

dan Aluminium Cladding to External Soffit.

“Bangunan Satelit KLIA sememangny­a menggunaka­n cladding, bagaimanap­un ia diluluskan JBPM kerana menggunaka­n cladding jenis Aluminium Composite Panel

(ACP) dan tidak menggunaka­n bahan seperti Polystyren­e, Poly Propylene dan mana-mana bahan mudah terbakar,” katanya.

Katanya, MAHB juga mempunyai Sijil Perakuan Bomba yang diperoleh hasil pemeriksaa­n agensi berkenaan.

“Sijil Perakuan Bomba kepada Bangunan Satelit KLIA sentiasa diperbahar­ui setiap tahun. Sijil ini sah selama setahun iaitu dari 19 April 2018 hingga 18 April 2019,” katanya.

Kenyataan sama menegaskan, sehingga 28 September 2018, MAHB tidak menerima sebarang surat rasmi daripada JBPM mengenai arahan menukarkan cladding yang digunakan.

 ??  ??
 ??  ?? KEBAKARAN di bangunan KWSP di Jalan Gasing pada 13 Februari lalu merebak cepat kerana menggunaka­n bahan mudah terbakar.
Lima bangunan penting perniagaan termasuk Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) didapati menggunaka­n lapisan pelapis atau cladding sama yang digunakan di bangunan KWSP”
Mohammad Hamdan
KEBAKARAN di bangunan KWSP di Jalan Gasing pada 13 Februari lalu merebak cepat kerana menggunaka­n bahan mudah terbakar. Lima bangunan penting perniagaan termasuk Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) didapati menggunaka­n lapisan pelapis atau cladding sama yang digunakan di bangunan KWSP” Mohammad Hamdan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia