Harian Metro

Laporan siasatan insiden tanah runtuh dijangka siap minggu depan

-

Laporan siasatan berhubung insiden tanah runtuh di projek Jalan Berkembar Bukit Kukus, Pulau Pinang dijangka siap minggu depan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, siasatan berhubung tragedi itu, merangkumi sama ada projek itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) atau sebaliknya.

“Saya akan menerima laporan siasatan minggu depan. Kita akan lihat sama ada ia melanggar SOP atau tidak.

“Siasatan ini akan menjurus mengenai pematuhan Akta Jalan,

Parit dan Bangunan 1974 yang dipinda baru-baru ini,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada tanah runtuh di Bukit Kukus yang mengorbank­an tujuh nyawa setakat ini, berpunca kerana projek dilaksanak­an tidak mematuhi SOP.

Dalam kejadian itu, tujuh mangsa ditemui maut dan masih ada yang hilang apabila tanah runtuh ke atas kontena yang dihuni pekerja projek yang dijadikan rumah kongsi.

Sebelum ini, sebahagian rasuk konkrit bagi projek pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di sini, runtuh apabila kren yang mengangkat kepingan plat keluli secara tidak sengaja terkena struktur terbabit.

Baru-baru ini, Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan membuat beberapa pindaan pada Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, antaranya mewajibkan mana-mana individu mengemukak­an laporan geoteknika­l yang disahkan pemeriksa bertauliah bagi projek tanah tinggi dengan kecerunan 25 darjah serta lebih 10 meter ketinggian.

 ?? Zuraida Kamaruddin ?? Kita akan lihat sama ada ia melanggar SOP atau tidak”
Zuraida Kamaruddin Kita akan lihat sama ada ia melanggar SOP atau tidak”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia