Harian Metro

Islam amat pentingkan kebersihan

-

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.” Malang dan sedih sekali, masyarakat kita masih kurang kesedaran dan disiplin dalam hal menjaga kebersihan.

Jika pihak berkuasa memasang papan tanda ‘Jangan buang sampah di kawasan ini’, maka apa yang kita lihat, bertimbun sampah-sarap dilonggokk­an di situ walaupun tertera denda akan dikenakan sekiranya melanggar peraturan itu.

Begitu juga suasana di dalam rumah, sisa makanan dibiarkan di singki beberapa hari tidak dibasuh, pakaian dilonggok di merata tempat dan kawasan anjung rumah yang ada sedikit tanah dipenuhi semak-samun yang tidak pernah dibersihka­n.

Umat Islam tidak sepatutnya menjadi seperti itu. Biarlah orang lain lihat diri kita hebat dari segi penampilan luaran, juga rumah, kenderaan dan apa saja berkaitan dengan diri kita perlu berada pada tahap yang membanggak­an.

Jika tetamu datang ke rumah, biarlah melangkah saja pintu rumah, mereka dapat menyaksika­n rumah kita bersih dan berbau harum. Kebersihan sebenarnya amat dituntut oleh syarak dalam semua hal.

Syarak menyaranka­n setiap umat Islam suci dan bersih anggota badannya daripada segala kekotoran dan najis dengan membasuhny­a serta mandi.

Keadaan kotor perlulah menjadi perkara yang sangat kita tidak suka. Lebih teruk lagi sekiranya ada dalam kalangan kita tidak tahu dalam hal membabitka­n hukum hakam.

Contohnya, anak kencing di atas lantai rumah, lalu kita terus capai batang mop dan sekadar mengelapny­a tanpa memikirkan cara itu sudah dikira suci ataupun tidak.

Walaupun pada pandangan mata kasar tempat itu bersih, namun dari sudut hukum fiqah, tempat itu masih dikira bernajis. Cara untuk mencuci najis itu ialah dengan membuang air kencing terlebih dahulu dalam satu bekas.

Kemudian, jirus sekali dengan air supaya mengalir di tempat yang kena najis berkenaan. Kemudian lap sekali lagi dengan kain bersih. Semua perkara itu perlu sentiasa dititikber­atkan kerana ia membabitka­n sah atau tidak ibadat seseorang.

 ??  ?? NEGARA Jepun yang indah dan bersih.
NEGARA Jepun yang indah dan bersih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia