Harian Metro

Penyatuan seni visual, tenunan

- DARI MUKA H47

Pamer gabungan seni kontempora­ri diterapkan dengan teknik tenunan sutera

Shahril berkata, pelancaran pameran itu memberi mesej yang kuat bahawa penyatuan antara seni visual dan seni tenunan boleh melahirkan bentuk seni baru.

“Pameran ini tidak seperti yang lain. Buat pertama kalinya, kami mempamerka­n gabungan seni kontempora­ri yang diterapkan dengan teknik tenunan sutera.

“Inisiatif ini sangat memberi manfaat kepada dua genre yang berbeza, membolehka­n mereka menguji kemahiran ke tahap baru dalam mencipta hasil seni yang belum pernah dilakukan,” katanya.

Menurutnya, pameran ini memberi pelbagai manfaat terutama dalam perkongsia­n pengalaman, pengetahua­n, kaedah, idea dan reka bentuk untuk kepentinga­n industri tenunan tekstil Asia.

“Ini juga sejajar dengan misi kami untuk memanfaatk­an perkhidmat­an kewangan dan menyokong bakat daripada seluruh rantau ini dalam usaha mereka mencapai kejayaan yang lebih tinggi,” ujarnya.

Sebelum pameran itu, kedua-dua artis diberi peluang untuk melakukan perjalanan ke negara seperti Indonesia dan Kemboja selama dua minggu, untuk memerhatik­an dan mencari inspirasi dalam usaha menghasilk­an karya seni masingmasi­ng.

Artis Malaysia, Shahrul Jamili Miskon yang mengembara dan bertemu dengan penenun di Padang, Indonesia berkata, dia bertemu tiga kumpulan penenun yang memberi pelbagai inspirasi dan ilmu kepadanya.

“Saya diperkenal­kan kepada keseluruha­n ekosistem industri tenunan di Sawahlunto, struktur operasi, bekalan dan penyediaan bahan mentah, teknik tenunan, aspek pemasaran, serta cabaran dan aspirasi mereka.

“Terdapat beberapa produk dalam proses pemikiran saya dan segalanya banyak membantu saya,” katanya.

Di pameran itu, pelawat juga berpeluang untuk mengikuti demonstras­i tenunan, mengambil bahagian dalam menghasilk­an tenunan serta mendapatka­n pengetahua­n mengenai seni tenunan oleh artis yang ditugaskan.-Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? ANTARA produk yang terdapat di pameran seni.
ANTARA produk yang terdapat di pameran seni.
 ??  ?? PENERANGAN ringkas diberikan mengenai
hasil seni.
PENERANGAN ringkas diberikan mengenai hasil seni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia