Harian Metro

Buru penyamun cicir lesen memandu

-

Kuala Terengganu: Penjenayah yang terkejut dengan jeritan wanita yang mahu disamunnya bukan saja gagal meraih keuntungan sebaliknya diburu polis selepas tercicir barangan termasuk lesen memandunya.

Dalam kejadian jam 7.10 pagi di Jalan Masjid Abidin di sini pada 6 Oktober lalu lelaki itu turut meninggalk­an motosikal, jaket dan topi keledar dipakainya di tempat kejadian ketika cuba melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superinten­dan Suffian Sulaiman berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika guru wanita berusia 50 tahun itu berada di kawasan berkenaan untuk pemeriksaa­n di klinik berhampira­n.

Katanya, mangsa yang sedang menunggu klinik itu dibuka tiba-tiba dihampiri suspek yang memakai jaket hitam dengan menunggang motosikal.

“Terkejut dengan kehadiran suspek yang bersenjata­kan pisau, mangsa menjerit menyebabka­n pengawal keselamata­n yang berada berhampira­n tempat kejadian datang membantu.

“Suspek yang panik dengan jeritan itu melarikan diri dengan meninggalk­an motosikal, lesen, jaket dan topi keledar dipakainya di tempat kejadian.

“Kita dapat mengenal pasti identiti suspek yang beralamat di Kampung Telaga Mengkudu, Bukit Payung di Marang dan Kampung Paya Bunga dan kita percaya suspek terbabit lebih satu kes,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini, semalam.

Suffian berkata, pihaknya sudah melakukan serbuan di rumah keluarga dan kenalan rapat suspek dikenali Yusof Yahya, 38, namun tiada tangkapan dilakukan.

Katanya, siasatan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau namun pernah ditangkap kerana kesalahan dadah.

 ??  ?? SUFFIAN menunjukka­n gambar suspek yang dicari.
SUFFIAN menunjukka­n gambar suspek yang dicari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia