Harian Metro

23 individu ditahan kes teroka kebun Cameron Highlands

-

Kuala Lumpur: Seramai 23 individu ditahan dan 11 didakwa atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 berkaitan isu rasuah membabitka­n penceroboh­an tanah dan penerokaan kebun haram di Cameron Highlands, Pahang sejak 2015.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya memandang serius dakwaan kegiatan rasuah semakin berleluasa membabitka­n aktiviti di kawasan tanah tinggi itu seperti dilaporkan media.

Katanya, SPRM berharap pihak berkuasa yang bertanggun­gjawab menguatkua­sakan undang-undang di tanah tinggi itu segera dengan mengambil tindakan diputuskan Pasukan Petugas Khas Op Gading dipengerus­ikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Kejadian penerokaan kebun haram yang berulang tidak sepatutnya timbul dan SPRM memandang serius sekiranya perkara itu ada kaitan dengan isu rasuah atau salah guna kuasa.

“Tindakan undang-undang akan diambil di bawah bidang kuasa suruhanjay­a ini bagi menangani isu rasuah itu.

“Berdasarka­n statistik, sejak 2015 hingga kini, SPRM membuat tangkapan terhadap 23 individu dan mendapat izin mendakwa terhadap 11 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta SPRM 2009 berkaitan isu terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berasas mengenai kegiatan rasuah membabitka­n kes penceroboh­an tanah dan penerokaan kebun haram di Cameron Highlands melaporkan terus kepada pejabat SPRM berdekatan.

“SPRM tidak berkomprom­i dengan pihak yang terbabit kegiatan rasuah atau salah guna kuasa hingga menyebabka­n isu ini berulang,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan penerokaan tanah di Cameron Highlands kini semakin parah dan berada pada tahap membimbang­kan walaupun pelbagai operasi termasuk Op Gading dilaksanak­an sebelum ini.

Penceroboh­an tanah berlaku disebabkan rasuah yang semakin membimbang­kan dalam kalangan anggota agensi berkaitan di kawasan pelanconga­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia