Harian Metro

Jordan ambil balik tanah daripada Israel

-

Amman: Pemimpin Jordan, Raja Abdullah II, memutuskan mengambil kembali tanah yang dipajak selama 25 tahun kepada Israel dan tidak akan memperbaha­rui perjanjian pajakan itu.

Tanah pertanian di al-Ghumar dan al-Baqura seluas lebih 400 hektar di tebing Sungai Yarmouk dekat sempadan Jordan-Israel itu dipajak kepada Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian damai pada 1994.

Menurut AlJazeera, pajakan tanah itu berakhir tahun depan dan tempoh akhir memperbaha­ruinya ialah Khamis minggu ini.

Baqura terletak di utara Lembah Jordan dan ditawan Israel pada 1950. Ghumar pula terletak dekat Aqaba di sebelah selatan Jordan dan ditawan dalam perang Asia Barat 1967.

Mengikut perjanjian damai dua negara itu, Jordan bersetuju membenarka­n kehadiran petani dan pegawai tentera Israel di kawasan terbabit.

Abdullah berkata, beliau sudah memaklumka­n keputusann­ya kepada Israel.

“Kami melaksanak­an kedaulatan kami untuk kawasan berkenaan. Keutamaan ialah melindungi kepentinga­n kami dan apa saja yang perlu bagi Jordan dan rakyatnya,” katanya.

Abdullah tidak menyatakan sebab beliau mengambil keputusan itu tetapi tekanan dalaman yang semakin meningkat supaya pajakan itu ditamatkan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, Jordan berhak menerima semula wilayah berkenaan, namun beliau masih mahu mengadakan rundingan dengan jirannya itu mengenai kemungkina­n melanjutka­n pajakan.

 ??  ?? PAJAKAN tanah itu berakhir tahun depan. - Agensi
PAJAKAN tanah itu berakhir tahun depan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia