Harian Metro

Masalah berlarutan sejak enam tahun lalu

-

Kuala Lumpur: Tiga kementeria­n digesa bertindak segera menangani masalah kemudahan di Sekolah Sukan Negeri Wilayah Persekutua­n (SSNWP), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Titiwangsa yang disifatkan indah khabar daripada rupa.

Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Titiwangsa, Mohd Zaki Ahmad berharap Kementeria­n Pendidikan, Kementeria­n Belia dan Sukan serta Kementeria­n Wilayah Persekutua­n dapat membela nasib pelajar serta sekolah berkenaan.

Menurutnya, masalah yang berlaku bukannya sesuatu yang baharu kerana ia

(gambar),

berlarutan sejak kali pertama sekolah itu diberi mandat sebagai SSNWP enam tahun lalu.

“Banyak kemudahan asas yang tiada di sekolah ini terutamany­a dari segi prasarana seperti mini trek, padang turf dan dewan bagi membolehka­n atlet menjalani latihan.

“Malah, peruntukan yang kita terima selama ini juga tidak mencukupi dengan kita terpaksa mencari bantuan penajaan sendiri dan masalah ini membabitka­n kesemua enam sukan teras yang kita jalankan.

“Sebagai SSN tunggal di Wilayah Persekutua­n kita minta diberi perhatian yang lebih dari segi sokongan dan peruntukan dalam memastikan usaha kita melahirkan atlet sukan negara tercapai.

“Kami juga mengalu-alukan pihak kementeria­n untuk turun ‘padang’ bagi membuat pemeriksaa­n dan pemantauan supaya mereka tidak mengatakan kami hanya bercakap kosong,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebagai rekod, SMK Seri Titiwangsa mula diberi mandat sebagai SSN Wilayah Persekutua­n pada 2012 selepas peranan itu sebelum ini dimainkan oleh Sekolah Tinggi Setapak.

Bagaimanap­un, perhatian serius perlu diberikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad dalam menangani hal ini supaya nasib pelajar terjamin sekali gus memastikan misi penubuhan sekolah sukan tercapai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia