Harian Metro

TERATAK PESARA GURU

„ Pesara guru hidap angin ahmar diami rumah kecil

- Rafiqah Dahali cnews@nstp.com.my

Melihat keadaan rumah kecil seperti stor di Kampung Kelanahan sama sekali tidak menyangka rumah itu berpenghun­i.

Rumah kecil berdinding­kan zink itu dihuni pesara guru, Abdul Talib Matali, 66, bersama isteri serta tiga anak tiri yang masih kecil.

“Biarpun rumah ini kecil dan sempit, inilah tempat saya, isteri dan anak-anak berteduh daripada panas matahari dan hujan.

“Walaupun saya menerima pencen setiap bulan, ia tidak mencukupi untuk menanggung tiga anak tiri yang masih bersekolah.

“Tambahan pula, saya kini menghidap angin ahmar menyebabka­n saya sukar berjalan. Mujurlah pihak Hospital Queen Elizabeth 2 menyumbang­kan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan saya,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a.

Menurut Abdul Talib, dia diuruskan isterinya yang terpaksa berhenti kerja sebagai pencuci pinggan di restoran di pekan Papar demi menguruska­n rumah, anak-anak dan menjaganya sepenuh masa.

“Sebulan sekali, isteri membawa saya temu janji di Hospital Papar dan Hospital Queen Elizabeth 2. Jika tiada kenderaan atau anak perempuan daripada arwah isteri pertama tidak dapat mengambil saya, isteri menyorong kerusi roda dari rumah hingga Hospital Papar, lebih setengah jam perjalanan,” katanya.

Abdul Talib berkata, walaupun kehidupann­ya sekeluarga sekadar cukup makan, dia tetap bersyukur.

“Kehidupan saya sekadar cukup makan saja tetapi bersyukur kerana mempunyai isteri yang menjaga makan minum selepas isteri pertama meninggal dunia akibat barah rahim pada 1999.

“Beberapa anak saya bersama arwah isteri pertama juga banyak membantu dan kadangkala melawat saya di sini.

“Selain menerima rawatan di hospital, saya berikhtiar berubat secara tradisiona­l untuk memulihkan penyakit angin ahmar yang saya hidapi ini,” katanya

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN rumah Abdul Talib yang kecil seperti
sebuah stor di Kampung Kelanahan, Papar.
KEADAAN rumah Abdul Talib yang kecil seperti sebuah stor di Kampung Kelanahan, Papar.
 ??  ?? ABDUL Talib duduk di hadapan rumahnya yang kecil seperti sebuah stor di Kampung Kelanahan, Papar.
ABDUL Talib duduk di hadapan rumahnya yang kecil seperti sebuah stor di Kampung Kelanahan, Papar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia