Harian Metro

INSIDEN JADI KES BUNUH

Lelaki Libya disiasat lagi bantu siasatan ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh

- Mohd Husni Mohd Noor cnews@nstp.com.my

Suspek utama kes langgar lari hingga menyebabka­n kematian seorang kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) di hadapan bangunan Shaftburys Square, Cyberjaya pada Rabu lalu, ditahan reman semula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Majistret Yusna Khadijah Md Yusop menetapkan suspek yang berusia 23 tahun berasal dari Libya itu ditahan reman lima hari bermula semalam.

Turut ditahan reman adalah dua rakan suspek, masing-masing warga Libya dan Yemen berusia 20 tahun dan 22 tahun.

Sebelum ini, suspek utama yang juga pemandu kereta ketika kejadian ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 yang berakhir semalam manakala dua lagi suspek turut ditahan reman selama empat hari yang berakhir kelmarin.

Pada 19 Oktober lalu, semua suspek terbabit ditahan di dua lokasi berasingan, masing-masing di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan dan Verdi Residence, Symphony Hills, Cyberjaya bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali sebelum ini dilaporkan berkata, tangkapan itu membabitka­n pelajar di sebuah universiti antarabang­sa di Cyberjaya dengan seorang daripada lelaki yang ditangkap mengaku memandu kenderaan jenis Hyundai ketika kemalangan berlaku.

Dalam kejadian Rabu lalu, Wan Amirah Wan Alias, 31, parah dirempuh dan diseret sebuah kereta Hyundai di hadapan bangunan kedai Shaftbury Square, Cyberjaya sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya jam 4 pagi keesokanny­a.

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK kes langgar lari yang menyebabka­n kematian seorang kakitangan Telekom Malaysia ditahan reman semula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 kerana kesalahan membunuh di Mahkamah Majistret Sepang.
SUSPEK kes langgar lari yang menyebabka­n kematian seorang kakitangan Telekom Malaysia ditahan reman semula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 kerana kesalahan membunuh di Mahkamah Majistret Sepang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia