Harian Metro

Dinoda pengetua

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@nstp.com.my

„ Dua remaja dakwa jadi mangsa ketika sertai program pendidikan di sekolah

Dua remaja masing-masing berusia 11 dan 13 tahun membuat laporan polis mendakwa diliwat pengetua sebuah sekolah menengah di Permatang Tok Jaya di sini, semalam.

Mangsa mendakwa diliwat pengetua lelaki berusia 55 tahun itu ketika mereka menyertai satu program pendidikan di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Sumber berkata, mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk pemeriksaa­n dan dirujuk ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut kerana didapati cedera di bahagian dubur masing-masing.

Difahamkan suspek juga dipanggil bagi direkod keterangan.

Polis juga percaya selain dua mangsa berkenaan, beberapa mangsa lain akan tampil membuat laporan kerana mendakwa diliwat.

Bagaimanap­un, polis menjalanka­n siasatan terperinci kes berkenaan berdasarka­n laporan dibuat mangsa. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Seri A Thaiveegan ketika dihubungi mengesahka­n laporan dibuat mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia