Harian Metro

124 PATI di pasar raya ditahan imigresen

-

Rawang: Seramai 124 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Mahir (Op Mahir) yang dijalankan sebuah pasar raya di kawasan Bukit Beruntung di sini, semalam.

Dalam operasi bermula jam 2.30 petang itu, 215 warga asing diperiksa 16 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor.

Pengarah JIM Selangor Mohamad Shukri Nawi berkata, semua PATI berusia lingkungan 20 hingga 52 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 79 warga Bangladesh, 25 (India) dan 20 (Nepal).

“Semua yang ditahan didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas atau permit sah, Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih tempoh serta masa akta sama dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas akta sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mohamad Shukri berkata, semua PATI ditahan untuk siasatan lanjut dan direman 14 hari mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.

“Kami juga mengesan majikan yang bertanggun­gjawab menggaji PATI berkenaan.

“Ini termasuk mendakwa mereka di mahkamah sekiranya terbukti melanggar peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

 ??  ?? PATI yang ditahan dalam Op Mahir di sebuah pasar raya di kawasan Bukit Beruntung, semalam.
PATI yang ditahan dalam Op Mahir di sebuah pasar raya di kawasan Bukit Beruntung, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia