Harian Metro

Tak benar tuntut mayat 3 beranak

-

Mayat tiga beranak yang ditemui lemas di Sungai Arau minggu lalu, belum dibenarkan dituntut ahli keluarga kerana pihak berkuasa menunggu hasil makmal berkaitan cap jari dan toksikolog­i.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, sehingga kini ketiga-tiga mayat berada di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

“Ahli keluarga mangsa ada ke HSB pagi tadi (semalam) bagi menuntut ketiga-tiga mayat untuk proses pengebumia­n.

“Pihak hospital tidak membenarka­nnya kerana menunggu pengesahan cap jari mayat dari Bukit Aman dan laporan toksikolog­i dari Jabatan Kimia HSB,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia