Harian Metro

Tumbuk nenek sampai berjahit

- Zatul Iffah Zolkiply cnews@nstp.com.my

Tindakan tidak berperikem­anusian seorang lelaki menumbuk neneknya sehingga menyebabka­n warga emas itu parah di muka termasuk menerima empat jahitan pada hidung akhirnya terbalas selepas dijatuhi hukuman penjara enam tahun di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Keputusan itu dibuat Hakim Azman Mustapha selepas tertuduh, Shahrizan Ibrahim, 39, yang tidak bekerja itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabka­n cedera parah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabka­n kecederaan terhadap neneknya, Kembang Tahir, 80, di tepi rumah Kampung Bukit Kolam, Pengkalan Berangan, Marang, jam 11 pagi pada 12 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi manakala tertuduh yang mempunyai rekod lampau jenayah seperti curi dan mencuri kenderaan tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa yang menyapu sampah dihampiri tertuduh yang meminta warga emas terbabit membeli baju kurung seperti yang ada dalam majalah dibawanya.

Mangsa meminta tertuduh menyuruh ibunya membeli baju itu sebelum tertuduh sekali lagi menunjukka­n majalah sama namun tidak diendahkan mangsa.

Tindakan itu menyebabka­n tertuduh marah lalu menghayunk­an majalah itu ke muka neneknya dan

„ Penganggur dihukum penjara 6 tahun

mangsa yang terkejut membalas dengan memukul tertuduh dengan penyapu dipegangny­a.

Tertuduh naik angin lalu menumbuk menyebabka­n mangsa jatuh sebelum tertuduh masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur dengan meninggalk­an mangsa yang berlumuran darah.

Akibat kejadian itu, mangsa retak tulang hidung, tulang pipi kiri, lebam mata kiri dan kanan serta mendapat empat jahitan pada hidung. Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua pertuduhan menceroboh rumah dan mencederak­an jirannya tiga bulan lalu.

Yap Lim Jan, 68, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederak­an Khoo Keng Fatt, 45.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan rumah, Jalan SS 4/19 di sini, jam 8.30 pagi pada 6 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, Lim Jan didakwa menceroboh kawasan rumah jirannya tanpa kebenaran dengan niat mencederak­an jirannya di tempat, masa dan tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 451 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda.

 ??  ?? SHAHRIZAN dijatuhi hukuman penjara enam tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu selepas mengaku salah menumbuk neneknya.
SHAHRIZAN dijatuhi hukuman penjara enam tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu selepas mengaku salah menumbuk neneknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia