Harian Metro

Dua remaja didakwa noda pelajar dalam tandas

-

Selayang: Dua pelajar lelaki tingkatan tiga, masing-masing didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap dakwaan merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun dipercayai anak kepada seorang penggiat seni tanah air.

Kedua-dua tertuduh, masing-masing berusia 15 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa secara berasingan di hadapan Majistret Iriane Isabello.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang juga pesalah juvana masing-masing didakwa merogol mangsa yang juga pelajar tingkatan satu di dewan terbiar Kota Warisan Selayang dan di tandas perempuan Selayang Mall antara Julai dan 20 September lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Shasha Hidayah Nor Azahar, menawarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh.

Bagaimanap­un, kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam dalam rayuan mereka menerusi ibu bapa masing-masing mohon jaminan dikurangka­n dengan alasan masih bersekolah dan jumlah pendapatan keluarga tidak menentu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia