Harian Metro

Wujud Akta Majlis Halal Negara

-

Kerajaan akan mewujudkan Akta Majlis Halal Negara, awal tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, ia di peringkat kajian semua agensi kendaliann­ya.

Akta itu diwujudkan bagi menyelaras agensi halal di bawah kerajaan bagi memastikan standard pensijilan halal berada di tahap terbaik.

“Kita mempunya 342 agensi halal termasuk bahagian kajian, pemasaran dan teknologi yang perlu dikoordina­si di bawah satu bumbung.

“Ini penting supaya arahan dan fungsi setiap agensi jelas dan mengukuhka­n pelaksanaa­n pensijilan halal negara,” katanya selepas merasmikan pelancaran siaran dokumentar­i Hidangan Laluan Sutera di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia