Harian Metro

Syarikat istimewa

- Nur Izzati Mohamad cnews@nstp.com.my

Syarikat elektronik, Flex menggaji 27 individu orang kurang upaya (OKU) masalah pendengara­n dan pertuturan sebagai pekerja baru dalam usaha menyahut seruan kerajaan memberi peluang pekerjaan kepada golongan itu.

Ini sekali gus menjadikan syarikat itu antara yang pertama dan terbanyak di Pulau Pinang mengambil pekerja OKU mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Naib Presiden Flex Penang Malaysia, Viswanatha­n Paramasiva­m berkata, memandangk­an syarikat mengamalka­n konsep persekitar­an seperti sebuah keluarga

Katanya, kumpulan pertama pekerja OKU itu diambil melalui proses temu bual ketika program bersama Pusat Jobs Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

“Kami tahu mengambil pekerja OKU terutama yang mempunyai masalah pendengara­n dan pertuturan menghadapi kekangan komunikasi. “Namun tidak menjadi masalah kerana syarikat ini bekerjasam­a dengan jurubahasa isyarat dari Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang untuk membantu menanganin­ya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Minggu Kepelbagai­an dan Inklusif di kilang berkenaan dekat Jalan Perusahaan Baru Perai di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah JTK negeri, Sazali Keteh berbangga dengan usaha Flex dan berharap lebih banyak syarikat menawarkan pekerjaan kepada golongan OKU.

„ Flex paling banyak ambil pekerja OKU isi jawatan kosong

“Hasrat murni Flex ini wajar dipuji kerana ia membantu negara dalam mengurangk­an kebergantu­ngan pekerja asing dan mengoptimu­mkan penggunaan pekerja tempatan,” katanya.

 ??  ?? MOHD Sazali (dua kiri) bertanyaka­n sesuatu kepada pekerja OKU sambil diperhatik­an Viswanatha­n (tiga kiri) di Flex Penang, Perai, Pulau Pinang.
MOHD Sazali (dua kiri) bertanyaka­n sesuatu kepada pekerja OKU sambil diperhatik­an Viswanatha­n (tiga kiri) di Flex Penang, Perai, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia