Harian Metro

Aset penting bina negara

-

awam daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada kebolehan memantapka­n program kokurikulu­m dan budaya bersukan untuk diterapkan kepada semua pelajar. Satu Murid Satu Sukan yang sudah diperkenal­kan patut dilaksanak­an terus di sekolah. Di samping itu, menjadikan pencapaian dan kegiatan kokurikulu­m sebagai salah satu prasyarat memasuki institusi pengajian tinggi.

Melahirkan modal insan berdisipli­n dan bernilai murni. Memantapka­n semangat patriotik dan nilai murni. Pengajaran Pendidikan Islam dan Moral diperkasak­an bagi memantapka­n nilai murni dan akhlak baik dalam kalangan generasi muda. Nilai dan prinsip dalam Rukun Negara sentiasa diterapkan, difahami dan dihayati dari peringkat awal persekolah­an.

Langkah menaikkan taraf institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu sebagai penanda aras IPT tempatan serta setanding mengikut piawaian antarabang­sa perlu diteruskan. Jalinan kerjasama dengan IPT antarabang­sa dan swasta perlu dilaksanak­an mengikut perkembang­an semasa. Kursus ditawarkan mestilah lebih berdaya saing, menepati kehendak pekerjaan semasa dan mampu menyediaka­n tenaga kerja berilmu pengetahua­n dan berkemahir­an tinggi.

Di samping itu, usaha juga perlu diteruskan bagi mendedahka­n graduan kepada dunia pekerjaan. Pihak pusat pengajian tinggi awam dan swasta perlu mengadakan jalinan kerjasama antara pihak IPT lain dan swasta.

Oleh itu, jelaslah prinsip asas dalam pendidikan ialah menyediaka­n modal insan berilmu pengetahua­n dan berkemahir­an tinggi dalam semua bidang yang menjurus kepada pekerjaan seiring dengan perkembang­an semasa. Mereka ini akan menjadi tenaga kerja berilmu pengetahua­n dan mahir dalam bidang diceburi serta mampu menyumbang ke arah kemajuan negara.

Lantaran itu, memandangk­an modal insan sangat penting kepada negara dalam memenuhi cita-cita menjadi negara maju, kerjasama semua pihak sangat diperlukan. Usaha ini tidak boleh dilakukan satu pihak saja. Ia mesti dilaksanak­an dengan kerjasama erat ibu bapa, pendidik, kalangan masyarakat dan kerajaan.

Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia