Harian Metro

Kembali kepada fitrah

-

taat) dari bandar kamu ini, sesungguhn­ya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.

‘Maka Kami selamatkan dia dan keluargany­a (serta pengikut-pengikutny­a) melainkan isterinya, adalah ia daripada orang-orang yang dibinasaka­n. Dan Kami menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasak­an). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orangorang yang melakukan kesalahan.’”

Bagaimanap­un, Islam menzahirka­n pendekatan cukup indah dan terbaik iaitu masalah LGBT yang melanda seluruh dunia ketika ini perlu dibendung dengan bijaksana. Bukannya bersifat menghukum, tetapi ingin mendekati mereka dengan memberi keadilan serta mengajak semula kepada kehidupan diredai Allah SWT.

Pensyarah Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontempora­ri Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ustaz Mohd Faizul Azmi berkata, penyelesai­an kepada isu LGBT perlu bertepatan dengan ciri utama Islam yang bersifat syumul dalam menguruska­n dan memberi panduan kepada manusia.

Menurutnya, masyarakat perlu diberi kesedaran bahawa kumpulan atau gerakan LGBT terbabit sekarang bergerak secara terancang dan bersifat global.

“LGBT bukan lagi gerakan bersifat individu, malah ia kumpulan yang bergerak secara global serta mempunyai falsafah. Apabila ia membentuk satu gerakan falsafah tersusun, sudah pasti mereka mempunyai agenda besar dalam mengubah sesebuah masyarakat.

“Fenomena tidak sihat itu bukan hanya dihadapi negara kita, tetapi turut membabitka­n masyarakat dunia dan agama lain. Sekiranya golongan LGBT boleh bersatu di bawah payung yang sama dalam memperjuan­gkan dan menuntut hak songsang mereka, kita sepatutnya menggerakk­an usaha bagi membasmi gejala itu.

“Bermula dengan sekecil-kecil perkara sehinggala­h kepada perkara yang lebih besar dan rumit. Contohnya, menjelaska­n kepada masyarakat dari sudut psikologi, hukum syarak, undang-undang, dakwah, perubatan, sosial dan hak asasi,” katanya.

Mohd Faizul berkata, golongan terbabit sebenarnya mendapat sokongan dan pembiayaia­n dari luar untuk menggerakk­an kumpulan itu.

“Selain itu, umat Islam berdepan dengan perkembang­an membabitka­n tuntutan hak asasi manusia yang bergerak di bawah Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO).

“Negara kita juga tidak terkecuali kerana apabila hak minoriti diletakkan sebagai perkara penting untuk mendapat status negara maju, maka tuntutan golongan terbabit perlu mengikut kehendak serta prinsip antarabang­sa.

“Apabila kerenah serta tuntutan yang dinyatakan tidak dilayan, mereka akan menimbulka­n kekecohan serta terus mendesak badan antarabang­sa itu,” katanya.

Beliau berkata, jika dahulu mungkin ada ibu bapa marahkan anaknya berpewatak­an lembut, mereka akan pulau serta menghalau anak itu dari rumah.

“Hari ini cukup berbeza. Jika itu tindakan dilakukan terhadap anak yang mempunyai masalah LGBT, di luar sana terdapat komuniti yang akan membela sehingga dia akan kekal dalam keadaan begitu.

“Untuk menarik semula golongan itu kembali kepada fitrah, diri pelaku itu sendiri perlu mengetahui bagaimana tahap kesedaran perbuatan yang mereka lakukan itu salah di sisi agama, moral dan kemanusiaa­n.

“Contohnya, dalam fiqh turut dibincangk­an berhubung masalah antaranya golongan mukhannas dan khunsa. Masyarakat kita ada juga yang terkeliru antara kedua-duanya.

“Khunsa adalah seorang yang mempunyai dua alat kelamin manakala mukhannas pula adalah lelaki yang tingkah laku, keadaan dan perasaanny­a dibuatbuat seperti perempuan, bukannya terjadi secara semula jadi.

“Dahulu, ulama tidak membincang­kan perkara itu secara terperinci kerana perkara yang ganjil atau pelik tiada hukum baginya. Bagaimanap­un, melihat kepada statistik individu yang terbabit dengan LGBT ini semakin meningkat, maka kita semua perlu sepakat menyatakan ia satu perkara yang merosakkan masyarakat, negara dan tamadun,” katanya.

Katanya, kita tetap mengiktira­f golongan yang terjebak dengan LGBT itu dari sudut diri mereka sebagai manusia serta tidak menafikan hak yang sepatutnya mereka dapat.

“Mereka juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan seperti kita namun tidak sekali-kali kita reda dengan perbuatan dan maksiat yang mereka lakukan kerana ia bertentang­an dengan fitrah dan ajaran Islam,” katanya.

Penulis wartawan Harian Metro

 ??  ?? ISLAM menzahirka­n pendekatan cukup indah untuk tangani masalah LGBT.
ISLAM menzahirka­n pendekatan cukup indah untuk tangani masalah LGBT.
 ??  ?? MOHD Faizul Azmi
MOHD Faizul Azmi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia