Harian Metro

Ibadat kepada Ilahi perlu setulus hati

-

riyak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya).” (Surah al-Maa’uun, ayat 4-6)

Berdasarka­n ayat itu, walaupun seseorang itu bersolat, dia masih berada dalam keadaan celaka. Memang sangat merugikan buat golongan seumpama itu. Solatnya menjadi siasia kerana disebabkan sifat lalainya.

Antara kelalaian yang dinyatakan adalah riyak ketika solat. Itulah penyakit yang menghilang­kan pahala solat di sisi Allah SWT. Dia berniat hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada rakan. Maka, kita perlu berhati-hati kerana apa yang dikira Allah SWT adalah niat, bukannya pada banyaknya amal ibadat yang dilakukan.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat

264 bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanja­kan hartanya kerana hendak menunjuknu­njuk kepada manusia (riyak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalk­annya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianla­h juga halnya orang-orang yang kafir dan riyak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.”

Ketika membaca al-Quran, jika ayat itu dimulakan dengan kalimat iman, itu tandanya maklumat yang hendak disampaika­n akan menjadi penunjuk keimanan kita.

Semakin cepat seseorang melaksanak­an solat apabila masuk waktunya, maka itu menunjukka­n keimanan berada pada tahap yang mantap.

Tidak dinafikan, memang sukar untuk mencapai tahap solat seperti dilaksanak­an sahabat Nabi, namun umat Islam perlu berusaha mendapatka­n khusyuk dengan menghindar­kan daripada memikirkan hal lain ketika solat.

Sehubungan itu, untuk mendapatka­n fokus, kita perlu berusaha memahami setiap ayat dan bacaan dalam solat. Pastikan juga telinga mendengar bacaan yang dilafazkan serta mata ditumpukan ke tempat sujud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia