Harian Metro

SPRM mungkin tahan Najib, Irwan

-

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkemungk­inan akan menahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Irwan Siregar Abdullah berkaitan siasatan urusan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan firma pelaburan Abu Dhabi iaitu Internatio­nal Petroleum Investment Company (IPIC).

Berdasarka­n maklumat sumber, SPRM sudah menghantar notis kepada kedua-dua mereka untuk hadir ke ibu pejabat suruhanjay­a berkenaan di Putrajaya bagi membantu siasatan IPIC pada jam 2 petang hari ini.

“Kedua-dua mereka sudah dimaklumka­n mengenai perkara ini dan berkemungk­inan pihak SPRM akan menahan kedua-dua mereka sebelum membawanya terus ke mahkamah untuk proses pendakwaan keesokanny­a,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, Najib bakal berhadapan dengan enam pertuduhan berhubung siasatan IPIC namun tidak dapat memaklumka­n jumlah pertuduhan yang bakal dilakukan terhadap Irwan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia