Harian Metro

Tidak hadkan stesen tv

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Kehadiran pelawak dan pelakon Fikry Ibrahim dalam industri seni lakonan nampaknya semakin membuahkan hasil lumayan.

Apa tidaknya, sebaik jejaka kelahiran Kedah ini melangkah masuk ke dalam industri hiburan peluangnya untuk melebarkan sayap terbuka luas terutama dalam bidang pengacaraa­n dan lakonan.

Biarpun baru setahun jagung, kepercayaa­n yang diberikan stesen televisyen dan syarikat produksi sememangny­a mengubah jalan hidup jejaka tinggi lampai ini.

Namun begitu, kehadiran Fikry dalam dunia lakonan dikatakan hanya tertumpu kepada satu stesen televisyen semata-mata hingga membuatkan­nya sukar mendaki puncak kejayaan.

Bagaimanap­un, Fikry berkata, dia tidak pernah mengehadka­n kerjaya lakonannya kepada satu stesen televisyen sematamata sebaliknya membuka ruang terbabit kepada semua.

“Saya akui kalau hanya tumpu kepada satu stesen televisyen saja, susah untuk pergi jauh. Namun, jika saya muncul di banyak stesen TV berulang kali, bimbang orang jemu pula.

“Sebenarnya saya ada dapat beberapa peluang daripada stesen televisyen lain tapi pasangan saya dalam naskhah terbabit kurang sesuai.

“Bagaimanap­un, saya sangat suka sekiranya dapat lebarkan karier di semua stesen TV tetapi ia perlu disusun dengan baik agar momentum kerjaya seni saya konsisten,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia