Harian Metro

Peluang terbuka kembang bakat

- DARI MUKA R21

Ditanya mengenai peluang menjayakan pelbagai karakter,

Fikir bersyukur kerana banyak pihak nampak kemampuann­ya.

“Alhamdulil­lah saya diberikan karakter yang berbeza berbanding awal kerjaya seni lakonan.

“Dalam setiap drama dibawakan saya cuba tambah elemen komedi yang berbeza supaya penonton tidak bosan tapi masih mengikut kehendak kepada skrip dan jalan cerita.

“Bagi saya, tawaran karakter yang pelbagai ini sesuatu yang positif buat karier saya. Kalau hanya tumpu genre komedi saja pun susah juga untuk berkembang.

“Tawaran yang diberikan ini sedikit sebanyak membuka mata khalayak bahawa saya boleh bawa apa saja watak.

“Saya juga berterima kasih kepada syarikat produksi kerana buka peluang untuk mencuba sesuatu yang baru,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia