Harian Metro

RAHSIA BAPA ANIMASI

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Sebut saja filem animasi pendek iaitu Sang Kancil dengan Monyet dan Sang Kancil dengan Buaya, pasti ramai mengetahui filem berkenaan terutama bagi mereka yang membesar pada era 1980-an.

Filem itu yang sarat dengan kisah teladan itu sangat popular satu masa dahulu dan ditayangka­n di televisyen sekitar 1985 hingga 1990-an.

Walaupun sudah lebih 30 tahun ditayangka­n, filem itu sedikit pun tidak membuat penonton jemu bahkan ‘ketagih’ untuk menontonny­a berulang kali.

Bagaimanap­un, ramai tidak mengenali watak utama di sebalik animasi terbabit dan sentuhan magisnya juga menjadi pencetus kepada perkembang­an siri animasi di negara ini seperti Upin & Ipin, Usop Sontorian dan Keluang Man.

Beliau adalah pengarah filem berkenaan iaitu Hassan Muthalib, 73, yang turut digelar Bapa Animasi Malaysia sejak 2012.

Oleh kerana pencapaian luar biasanya mempelopor­i bidang animasi tempatan selama lebih 50 tahun, beliau dianugerah­kan Anugerah Merdeka 2018 bagi kategori Pendidikan dan Komuniti tajaan PETRONAS, ExxonMobil serta Shell.

Hassan menerima hadiah wang tunai RM300,000, piala dan sijil yang disampaika­n Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di ibu negara, baru-baru ini.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia