Harian Metro

Kisah sejarah melayu di atas kanvas

-

Puteri Gunung Ledang dikatakan memiliki kecantikan luar biasa hingga ramai yang mahu menjadikan­nya sebagai isteri termasuk Sultan Mahmud Shah daripada Kesultanan Melaka.

Bagaimanap­un, Puteri Gunung Ledang mengenakan tujuh syarat sebagai cara untuk menolak pinangan sultan itu. Antara syaratnya ialah supaya dibina jambatan emas yang menghubung­kan istana Sultan Mahmud di Melaka ke Gunung Ledang.

Menariknya, Muhamad Zulhilmi Abd Jalil atau lebih dikenali Ibnoo Jalil ‘mengembali­kan’ kisah itu menerusi karyanya bertajuk Jambatan Emas yang dipamerkan dalam Pameran Seni Sejahtera 2018 anjuran Yayasan Sejahtera di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Karya berkenaan boleh dihayati dalam pameran berkumpula­n itu yang turut menampilka­n tiga pelukis berpengala­man lain seperti Fauziah Yahaya, Azhar Arshad dan Elly Nor Suria M Zainudin melalui genre berbeza.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia