Harian Metro

Juara saat akhir!

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Pada awalnya, pasukan ini hampir berputus asa dan menyerah kalah apabila gagal membaiki robot tempur yang rosak dalam tempoh 10 minit ditetapkan penganjur.

Namun, mereka merayu supaya diberikan masa tambahan lima minit walaupun terpaksa berdepan detik mendebarka­n. Ini kerana alat mekanikal itu dapat dibaiki sepenuhnya dalam tempoh berbaki kurang seminit sebelum masa tamat, sedangkan robot pasukan lawan sudah siap dibaiki lebih awal.

Bagaimanap­un, jeritan kegembiraa­n ahli pasukan Mersing Todak ‘menggegark­an’ gelanggang di Pusat Sains Negara apabila robot tempur mereka yang diberikan nama Todak itu berfungsi sepenuhnya hasil sentuhan ajaib juruteknik kumpulan berkenaan Nor Azizi Mohd Salleh.

Kerosakan berlaku ketika pertarunga­n sengit antara robot tempur Todak Mersing dari Institut

Latihan Perindustr­ian (ILP) Mersing, Johor dengan robot tempur Hero dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, Pulau Pinang dalam Pertanding­an Robot Tempur Malaysia 2018 di Pusat Sains Negara, baru-baru ini.

Pertarunga­n itu bagi menentukan kedudukan tempat pertama dan kedua antara kedua-dua pasukan. Namun, rezeki berpihak kepada pasukan Todak Mersing apabila dinobatkan juara sementara pasukan Hero sekadar di tempat kedua.

Kemenangan itu melayakkan pasukan Mersing Todak membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala dan sijil sementara pasukan Hero menerima RM3,000, piala serta sijil.

Ketua Pasukan Mersing Todak, Mohd Fahmin Mohamad berkata, robot tempur itu dibangunka­n sembilan tenaga kerja yang terdiri daripada empat pensyarah dan lima penuntut institut berkenaan.

“Sebanyak 80 peratus kerja membangunk­an robot ini dilakukan penuntut sementara idea asal sepenuhnya adalah daripada kami (pensyarah).

“Robot ini terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu pemacu, senjata dan bolak-balik (rally)

 ??  ?? PESERTA yang menang bersama hadiah masing-masing.
PESERTA yang menang bersama hadiah masing-masing.
 ??  ?? ROBOT bertempur selama lima minit untuk mempamerka­n kekuatan.
ROBOT bertempur selama lima minit untuk mempamerka­n kekuatan.
 ??  ?? PASUKAN Mersing Todak menjadi johan Pertanding­an Robot Tempur Malaysia 2018.
PASUKAN Mersing Todak menjadi johan Pertanding­an Robot Tempur Malaysia 2018.
 ??  ?? Kami menghasilk­an robot ini selama dua bulan ia bukan tugas mudah kerana
terpaksa mengorbank­an masa rehat,
bersama keluarga dan
tidur demi menyiapkan alat
mekanikal ini
Kami menghasilk­an robot ini selama dua bulan ia bukan tugas mudah kerana terpaksa mengorbank­an masa rehat, bersama keluarga dan tidur demi menyiapkan alat mekanikal ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia