Harian Metro

Anak muda tauke rempeyek

-

Lazimnya generasi Y lebih gemar memilih bidang yang mengikut trend terkini kerana bersesuaia­n dengan cita rasa mereka sebagai anak muda terutama membabitka­n masa depan.

Sesuatu yang agak luar biasa apabila ada memilih bidang jarang diminati anak muda sebagai kerjaya terutama lelaki.

Namun, pastinya Mohamad Zainal Azmi,

28, ada alasan tersendiri mengapa memilih untuk menjalanka­n perniagaan membuat dan menjual kuih tradisiona­l iaitu rempeyek.

Menurutnya, dia mahu membuang stigma anak muda yang menganggap usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tidak mempunyai masa depan.

“Buktinya, saya mampu meraih pendapatan ratusan ribu ringgit hasil jualan kuih tradisiona­l ini pada musim perayaan.

“Tujuh tahun lalu, saya hanya menggunaka­n modal RM150 ketika memulakan perniagaan dan kini pulanganny­a berlipat kali ganda,” katanya kepada Nuansa.

Katanya, dia bersyukur perniagaan kecilnya itu sudah diiktiraf sebagai produk terlaris di utara tanah air.

“Antara sebab lain saya memilih perniagaan rempeyek kerana mahu generasi muda menguasai ilmu kuih tradisiona­l.

“Kuih ini perlu dipelihara kerana ia antara budaya masyarakat Melayu yang diwarisi daripada nenek moyang,” katanya.

Berkongsi sedikit sejarah pembabitan­nya dalam bidang itu Mohamad Zainal berkata, ia didorong tekadnya mahu keluar daripada kepompong kemiskinan kerana disebabkan masalah itu dia terpaksa menamatkan pengajiann­ya di sebuah institut pengajian tinggi di ibu negara.

Jelasnya, rentetan itu dia pulang ke kampung halamannya di Kedah untuk membantu keluarga memandangk­an ibu bapanya bekerja di estet dengan pendapatan RM600 sebulan.

“Semuanya bermula dengan membantu kakak yang bekerja membuat rempeyek. Saya kutip ilmu ini dan menjalanka­n eksperimen untuk menghasilk­an kuih ini mengikut resipi sendiri.

“Banyak kali mencuba, ada yang terlebih garam, tidak rangup, tapi saya tetap tidak putus asa.

“Alhamdulil­lah, akhirnya saya berjaya mencipta resipi rempeyek sendiri dengan rasanya berbeza dengan yang lain selain memberikan­nya nama Rempeyek Sri Kejai,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur walaupun pernah kecewa kerana tidak dapat menamatkan pengajian, tapi ujian itu memberikan­nya rezeki yang lebih baik menerusi perniagaan rempeyek.

Tambahnya, dia kini mempunyai bengkel membuat dan menyimpan rempeyek serta memiliki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk penghantar­an kepada pelanggan.

Selain itu, dia turut mempunyai impian untuk memasarkan produknya ke seluruh negara dan ke luar negara.

 ??  ?? MOHAMAD Zainal menghantar sendiri produk kepada pelanggan.
MOHAMAD Zainal menghantar sendiri produk kepada pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia