Harian Metro

Rawat rambut guna bahan organik

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Kecantikan individu tidak hanya diukur melalui penampilan wajah yang berseri, namun ia dinilai secara menyeluruh bermula daripada rambut sehingga ke hujung kaki.

Masalah rambut gugur yang dihadapi kebanyakan wanita boleh menghilang­kan keyakinan diri apabila hari demi hari, rambut menjadi semakin tipis sehingga menampakka­n kulit kepala. Semua ini menyerlahk­an kesan penuaan pada seseorang.

Ia masalah biasa bagi kebanyakan wanita dan lelaki kerana dalam keadaan normal, manusia kehilangan kira-kira 100 helai rambut sehari.

Keguguran rambut biasanya diikuti dengan kemunculan kelemumur, rambut bercabang, kusam, kering dan masalah berkaitan yang lain.

Rawatan rambut menggunaka­n herba ayurveda dan henna (inai) adalah antara penyelesai­an untuk menjaga kesihatan rambut. Banyak manfaat yang boleh didapati dengan melakukann­ya, salah satunya mampu membuatkan rambut lebih sihat dan terhindar daripada kerosakan yang disebabkan oleh kurangnya nutrisi dan perawatan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia