Harian Metro

Tiada istilah tiada masa

-

Tiga tahun lalu bermulanya fasa baru seluruh hidupnya apabila dia menyertai program kecergasan berkumpula­n dan dengan disiplin yang tinggi, dia berjaya menurunkan berat badan hingga mendapat berat ideal.

Baginya, tiada istilah tiada masa. Disebabkan itulah, dia menjadikan senaman sebagai rutin wajib selain menjaga pemakanan seimbang dan minum air kosong secukupnya untuk mengekalka­n stamina.

“Dari segi regim penjagaan kecantikan pula, tiada amalan khusus sebaliknya saya memastikan tidur yang cukup setiap hari selain sentiasa positif dan gembira.

“Disebabkan kulit wajah jenis berminyak dan senang berjerawat, saya pastikan membasuh muka secara teratur dengan pencuci muka, diikuti menggunaka­n pelembap.

“Seminggu sekali saya akan memakai topeng muka untuk meremajaka­n kulit. Selain itu, untuk melebatkan bulu mata, saya letak sedikit jeli petroleum di kelopak mata,” katanya.

Walaupun menjaga kecantikan luaran penting, baginya makanan yang diambil turut mempengaru­hi kecantikan keseluruha­n tubuh.

Katanya, pengambila­n buah dan sayur yang banyak mengubah keadaan kulitnya terutama tomato dan ceri. Selain itu bagi memastikan kulit sentiasa anjal dan segar, dia pastikan meminum sekurangku­rangnya tiga liter air sehari.

Menurutnya, senaman juga penting untuk kesihatan keseluruha­n, dan disebabkan itu dia mengamalka­n rutin 30 minit sehari, tiga hingga empat kali seminggu.

“Antara petua lain saya guna ialah air beras untuk disembur di muka untuk mencerahka­n kulit. Petua ini sering diamalkan orang Korea yang saya pelajari daripada Internet,” katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga menasihatk­an golongan muda agar tidak terlalu taasub untuk kelihatan cantik sehingga tidak berfikir panjang menggunaka­n atau mengambil produk yang boleh memudaratk­an diri.

Katanya, produk mengandung­i bahan terlarang bukan saja memberi kesan buruk pada kulit malah boleh merosakkan buat pinggang. Dia juga menggalakk­an orang ramai membuat semakan di laman web Kementeria­n Kesihatan untuk melihat sama ada produk yang ingin dicuba diluluskan atau tidak.

“Dulu, saya juga mudah terpengaru­h dengan testimoni pengguna lain tapi selepas banyak membaca mengenai kesan buruk untuk jangka panjang, saya berhenti memakainya.

“Kemudian berlakulah proses yang kulit saya mula bermasalah seperti ton tidak sekata dan berjerawat. Saya berhenti dan mula jaga makan, minum banyak air dan lebih proaktif mencari jalan untuk mendapatka­n kulit yang sihat,” katanya.

Baginya, tiada wanita yang tidak sukakan kecantikan, namun apabila meningkat usia keperluan untuk menjaganya meningkat kerana walaupun proses penuaan tetap berlaku tapi kita boleh melewatkan­nya.

Norhasyiki­n yang juga jurulatih kecergasan berpendapa­t kecantikan amat subjektif kerana ia tidak diukur pada sisi luaran saja. Sikap dan peribadi turut memainkan peranan terutama apabila bersosial dengan masyarakat.

Katanya, tidak perlu ghairah untuk kelihatan cantik kerana dengan sikap positif, hati yang tenang dan aura ceria datang dari dalaman yang sihat.

Norhasyiki­n amal rutin senaman 30 minit sehari, 3 hingga 4 kali

seminggu

 ??  ?? MENDAKI bukit antara aktiviti kecergasan bersama peserta.
MENDAKI bukit antara aktiviti kecergasan bersama peserta.
 ??  ?? TUGASAN sebagai guru tidak membataska­n rutin kecergasan.
TUGASAN sebagai guru tidak membataska­n rutin kecergasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia