Harian Metro

Bahan diadun sendiri

-

Kesempatan membelai rambut dengan kaedah ini di Dhiya Ammani Spa & Hair Care di Bangunan PJ21, Petaling Jaya barubaru ini begitu mengujakan lebih-lebih lagi rawatan berkenaan menggunaka­n 100 peratus bahan organik.

Kali pertama melangkah ke salun itu disambut mesra pemiliknya, Noor Shahbina Omar yang tidak lokek berkongsi petua rambut sihat menggunaka­n bahan semula jadi, malah aroma herba yang menjadi antara bahan untuk rawatan begitu menyegarka­n sesiapa yang berada di salun itu.

Campuran bahan semuanya diadun sendiri oleh Noor Shahbina menggunaka­n yogurt untuk pelanggan yang menghadapi masalah seperti keguguran rambut.

“Saya gunakan herba buatan sendiri dan ada antaranya saya dapatkan dari Kerala, India. Perawatan rambut menggunaka­n herba ayurveda dan inai ini adalah warisan turun-temurun daripada nenek yang diamalkan sejak saya kecil.

“Saya juga mendapat idea membuka pusat rawatan rambut khusus untuk wanita empat tahun lalu selepas mendapat banyak maklum balas kesukaran mereka terutama yang bertudung mendapatka­n rawatan rambut.

“Apa saja rawatan yang saya tawarkan adalah asli kerana saya mahu memberi kesedaran kepada orang ramai rawatan secara semula jadi boleh membantu pelbagai masalah rambut,” katanya.

Menurutnya, rawatan rambut yang dinamakan Miracle Henna itu terdiri daripada ramuan campuran herba dan yogurt serta pati minyak yang menyediaka­n nutrisi untuk bagus untuk rambut.

Rawatan itu antara lain dapat memberi kesegaran dan keaslian rambut kerana dalam perawatan ini akan diberikan beberapa nutrisi yang diperlukan rambut misalnya jus enzim.

Rawatan ini juga membantu mengatasi kelemumur dan masalah lain. Urutan yang dilakukan semasa rawatan juga bermanfaat untuk melancarka­n peredaran darah.

Selain itu dengan melakukan urutan, penyerapan nutrisi ke dalam kulit kepala lebih lancar dan membantu meningkatk­an kesihatan kulit.

Noor Shahbina berkata, rawatan itu biasanya mengambil masa dua jam dimulai dengan rundingan, ultrasonik, sapuan jus enzim di kulit kepala, urutan kepala dan bahu. Rambut kemudian diwap diikuti aplikasi campuran inai ke seluruh kepala dan dibiarkan mengering kira-kira 30 minit. Seterusnya rambut dibilas sebelum disapukan perapi. Kemudian, rambut disembur dengan pati limau untuk mengurangk­an bau herba dan dikeringka­n dengan lembut.

Sebelum rawatan dimulakan, Noor Shahbina akan meneliti masalah rambut yang dihadapi pelanggan dan melakukan analisis menggunaka­n mesin khas. Dari situlah, dia membuat campuran bersesuaia­n mengikut masalah masing-masing dan rawatan dibantu dengan khidmat pendandan yang bukan saja mahir, malah berpengala­man dan pandai mengurut.

Selain itu, dia turut menyediaka­n set rawatan di rumah bagi memudahkan pelanggan yang tidak berkesempa­tan ke spa atau lelaki yang mahu mendapatka­n manfaat sama daripada rawatan itu.

Hasil rawatan adalah keutamaan Noor Shahbina dan dia memastikan pelanggann­ya benarbenar berpuas hati dengan keputusan rawatan. Oleh itu, jika tiada kemajuan dalam rawatan, semua aspek diambil kira misalnya bahagian campuran yang perlu diubah suai dan diubah hingga mendapat hasil positif.-Yusliza Yakimir Abd Talib

Perawatan

rambut guna herba ayurveda, inai diwarisi Noor Shahbina daripada

nenek

 ?? FOTO: ?? 1. ANALISIS rambut pelanggan dilakukan
petugas mahir.
2. MESIN ultrasonik
digunakan antara proses dalam rawatan
rambut.
3. URUTAN kepala untuk melancarka­n
peredaran darah.
4. RAMBUT pelanggan diwap terlebih dulu sebelum rawatan.
6. APLIKASI pupur
henna.
FOTO: 1. ANALISIS rambut pelanggan dilakukan petugas mahir. 2. MESIN ultrasonik digunakan antara proses dalam rawatan rambut. 3. URUTAN kepala untuk melancarka­n peredaran darah. 4. RAMBUT pelanggan diwap terlebih dulu sebelum rawatan. 6. APLIKASI pupur henna.
 ??  ?? NOOR Shahbina
NOOR Shahbina

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia