Harian Metro

Untuk majlis makan malam

-

Elak guna warna semulajadi atau warna tanah

Selepas itu, alas bedak biasa diratakan pada seluruh wajah mengikut kesesuaian warna kulit. Alas bedak berfungsi untuk menutup cela atau parut kecil pada wajah, tetapi jika terlalu tebal akan membuatkan solekan kelihatan seperti topeng. Cara terbaik sapukan alas bedak secara tipis dan diratakan sebelum menggunaka­n bedak tabur.

Selepas itu, gunakan pensel mata atau berus kening dan bentukkan kening mengikut kesesuaian bentuk wajah. Untuk kelihatan muda dan lebih lembut, pastikan warna pensel mata tidak terlalu gelap. Warna coklat gelap pilihan terbaik.

Bagi solekan waktu malam, warna pembayang mata yang digunakan lebih cerah dan terang supaya dapat menyerlahk­an wajah seseorang itu.

Pembayang mata dengan warna terang ini dapat menyerlahk­an seri wajah dengan rona gelap malam hari selain mengambil kira kesan gemerlapan cahaya lampu pada majlis yang biasanya diadakan di hotel.

Kemaskan bahagian bulu mata menggunaka­n maskara. Gunakan celak mata di bahagian dalam dan luar alis kelopak mata.

Untuk solekan malam, pemerah pipi perlu lebih terang berbanding siang.

Untuk bahagian bibir, bentukkan bahagian luar bibir dengan pensel bibir sebelum mengoles gincu mengikut kesesuaian busana. Biasanya warna gincu kontra dengan pakaian dan untuk solekan malam elakkan warna semula jadi atau warna tanah.

Untuk sentuhan terakhir, gunakan penyerlah di bahagian zon T wajah untuk menyerlahk­an solekan namun sapuan haruslah tipis saja. Norizan menunjukka­n langkah solekan untuk majlis makan malam bertema glamor.

 ??  ?? PENAMPILAN ringkas tapi menawan pada
majlis makan malam glamor.
PENAMPILAN ringkas tapi menawan pada majlis makan malam glamor.
 ??  ?? SAPUKAN celak mata di bahagian dalam dan luar alis kelopak mata.
SAPUKAN celak mata di bahagian dalam dan luar alis kelopak mata.
 ??  ?? LEKATKAN bulu mata palsu untuk menyerlahk­an penampilan.
LEKATKAN bulu mata palsu untuk menyerlahk­an penampilan.
 ??  ?? PEMERAH pipi warna lebih terang untuk sebelah malam.
PEMERAH pipi warna lebih terang untuk sebelah malam.
 ??  ?? OLES gincu merah jambu atau kontra dengan warna pakaian.
OLES gincu merah jambu atau kontra dengan warna pakaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia