Harian Metro

Enggan teruskan ketegangan

-

dengan anggota lain itu dalam persembaha­n besar.

“Camila teringin bergabung semula dengan mereka untuk persembaha­n istimewa seperti penampilan pada acara Super Bowl,” kata sumber berkenaan.

Semestinya perkhabara­n terbaru itu membuatkan peminat Fifth Harmony gembira.

Hal itu jugalah yang menguatkan lagi keinginan penyanyi berkenaan untuk merealisas­ikan hajat itu. Jelas, dia sendiri merindui saat gembira dengan rakannya.

Sementara itu, anggota Fifth Harmony iaitu Normani mendakwa tiada isu antara mereka dengan penyanyi terbabit. Bahkan dia memuji kehebatan Camila sebagai penyanyi solo.

“Dia benar-benar bersinar. Memang apa yang dia lakukan luar biasa. Saya sangat bangga dengannya,” katanya.

Buat masa sekarang, kumpulan itu berehat seketika untuk memberi laluan kepada karier solo masing-masing.

Terdahulu, kumpulan berkenaan pernah memberi bayangan mereka akan berpecah. Pada masa sama, mereka juga menyatakan kemungkina­n akan kembali bergabung.

Camila nyatakan hajat berkongsi pentas dengan Fifth Harmony

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia