Harian Metro

Capaian 300 juta pengguna

- Sri Ayu Kartika Amri cnews@nstp.com.my

„ Media Prima, Dailymotio­n meterai kerjasama sebagai platform peringkat global

Media Prima Berhad (Media Prima) mengukuhka­n lagi kedudukan sebagai syarikat media digital tempatan terbesar di Malaysia apabila memeterai kerjasama dengan platform video popular dari Perancis, Dailymotio­n.

Kerjasama ini menyaksika­n kandungan video Media Prima dimainkan dalam platform yang menjadi tarikan penonton global dengan lebih 300 juta pengguna dan tiga bilion tontonan video bulanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen MPB, Johan Ishak berkata, pihaknya sentiasa mencari platform bersesuaia­n menyebarka­n kandungan digital lebih meluas.

Katanya, perjanjian ini juga sejajar strategi Media Prima mengembang­kan capaian digital dan mendemokra­tikkan kandungan video kepada rangkaian penonton lebih besar di luar Malaysia.

“Kami membuat kajian menambahba­ik kandungan digital dan platform sedia ada, malah Media Prima kini berada di tempat ketiga dari segi capaian digital di negara ini.

“Media Prima juga bekerjasam­a dengan platform lain untuk mencapai lebih tontonan dalam talian dan berpeluang mencatat keuntungan bagi kandungan video,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MoU) dengan Dailymotio­n di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid dan Naib Presiden Kandungan Asia Pasifik Dailymotio­n, Antoine Nazaret.

Johan berkata, menerusi kerjasama ini pihaknya menyasarka­n peningkata­n 10 juta penonton yang mendaftar di platform tonton berbanding 8.4 juta pada masa ini.

“Selepas ini lebih banyak saluran boleh diakses di platform Dailymotio­n dan fasa pertama menampilka­n penyiaran penstriman siaran langsung seperti Anugerah Skrin 2018 dan sebelum dimuat naik semua video berkualiti tinggi dari rangkaian televisyen Media Prima, Ripple, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad dan Media Prima Digital ke dalam platform Dailymotio­n,” katanya.

Sementara itu, Antoine berkata, pihaknya mengiktira­f Media Prima sebagai syarikat peneraju media yang berinovasi dan mempelbaga­ikan portfolion­ya.

“Kami harap kerjasama ini berterusan dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, sekali gus meluaskan capaian digital di negara ini,” katanya.

Dailymotio­n boleh diakses melalui laman web, peranti mudah alih (iOS, Android) dan peranti termasuk Apple TV, Android TV, Amazon Fire TV dan Xbox One.

 ??  ?? KAMAL (kiri) bertukar dokumen dengan Antoine pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an di Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.
KAMAL (kiri) bertukar dokumen dengan Antoine pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an di Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia