Harian Metro

PPj positif terus projek monorel

-

dan kepadatan penduduk.

“Setakat hari ini, kami melihat bagaimana cara melaksanak­an projek ini, ia masih di peringkat kajian dan hampir siap.

“Apabila siap, kami sedia bentangkan kepada kerajaan,” katanya selepas menyampaik­an hadiah kepada pemenang Pertanding­an Fotografi Pelanconga­n Putrajaya, di sini, semalam.

Aminuddin berkata, Putrajaya ialah kawasan perkhidmat­an awam dan kebanyakan penduduk dan orang awam selesa dengan pengangkut­an awam sedia ada.

“Jadi apabila kita perkenalka­n satu lagi pengangkut­an, kita kena pastikan pengangkut­an berkenaan benar-benar memberi faedah.

“Ini pelaburan besar, jadi ia harus memberi manfaat. Sekiranya kita dapat laksanakan projek ini, ia menghubung­kan dari utara ke selatan Putrajaya.

“Selain itu, ia turut menghubung­kan dari beberapa lokasi tumpuan seperti pusat be-

li-belah Alamanda, bangunan kerajaan yang utama serta Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC),” katanya.

 ??  ?? DR Aminuddin
DR Aminuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia