Harian Metro

Pian Cecupak dibenar keluar HKL

-

“Alhamdulil­lah, selepas tujuh hari mendapatka­n rawatan di hospital saya akhirnya dibenarkan pulang ke rumah hari ini (semalam),” kata pelawak dan pengacara Pian Cecupak mengulas situasi kesihatann­ya yang terkini.

Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman, 48, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur pada tengah malam 17 Oktober lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.

Doktor mengesahka­n dia mengalami serangan jantung dan dimasukkan ke Wad Pemulihan Jantung (CRW).

Pian berkata, dia berterima kasih dengan beberapa pihak yang bertanya khabar dan menghulurk­an bantuan sepanjang menerima rawatan di sana.

“Saya menerima kehadiran Kak Aishah, wakil dari MACP manakala Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez minta bil hospital dan berjanji akan membiayai kos rawatan serta memberikan sedikit bantuan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia