Harian Metro

ASK2018 perkenal kategori baru

-

Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) memperkena­lkan kategori baru di bawah kategori drama iaitu Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Cina).

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak berkata, pembaharua­n itu sebagai strategi untuk meluaskan lagi rangkaian industri drama tempatan.

“Selain penonton Melayu, penonton Cina juga menyumbang kepada jumlah tontonan TV di Malaysia. Kerana itu, kami mengambil inisiatif untuk membuka ruang kepada pengkarya dan drama berbahasa Cina,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya lagi, langkah itu juga sudah dimulakan sejak penganjura­n Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL), baru-baru ini.

“Di acara DFKL juga kami sudah mulakan langkah ini dengan memasukkan penyertaan drama berbahasa Cina dan peserta bukan Melayu.

“Dari situ, kita dapat lihat sambutan positif dan dikembangk­an dalam ASK2018,” katanya.

Dua lagi kategori baru yang diperkenal­kan adalah Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.

Secara keseluruha­n, ASK2018 yang sudah masuk edisi ke-22 mempertaru­hkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, tujuh kategori filem, sembilan kategori bukan drama dan teknikal.

Enam daripada sembilan kategori bukan drama akan diraikan dalam satu slot istimewa menerusi siaran langsung Melodi ASK2018 pada 28 Oktober manakala 24 anugerah kategori lain akan disampaika­n pada Malam Anugerah ASK2018 yang diadakan pada 2 November.

ASK2018 disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

 ?? Johan ?? Selain penonton Melayu, penonton Cina juga menyumbang kepada jumlah tontonan TV di Malaysia”
Johan Selain penonton Melayu, penonton Cina juga menyumbang kepada jumlah tontonan TV di Malaysia”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia