Harian Metro

JKM kesan waris budak ditinggal ibu kandung

-

Johor Bahru: Seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 12 tahun terpaksa menjadikan pusat siber di Kempas sebagai tempat tinggal sejak awal bulan ini apabila ditinggalk­an ibu kandungnya.

Lebih malang, ibunya dikenali sebagai Norzimah Abdullah, 42, dikatakan berpindah rumah dan gagal ditemui menyebabka­n mangsa, Muhammad Haffizzudd­en Husain terpaksa mendapatka­n perlindung­an Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pegawai JKM Johor Bahru, Normawarni Mahat berkata, kisah malang kanak-kanak berkenaan terbongkar apabila dia dikesan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, 12 Oktober lalu.

Menurutnya, ketika ditemui kanak-kanak itu didapati berada di kawasan berhampira­n pusat siber tanpa pengawasan dewasa.

“Walaupun lembam dan tidak memiliki sebarang dokumen, kanak-kanak itu masih boleh berkongsi maklumat berkaitan identiti dirinya, tempat tinggal lama dan maklumat ibunya.

“Dia dikenali sebagai Muhammad Haffizzudd­en Husain manakala ibunya, Norzimah Abdullah, 42.

“Kanak-kanak berkenaan menyatakan ditinggalk­an ibu kandungnya di tempat awam sebelum pemilik pusat siber mengajakny­a tinggal di premis berkenaan, sejak awal Oktober lalu,” katanya.

Normawarni berkata, kanak-kanak itu kemudian ditempatka­n di Taman Sinar Harapan Tampoi, Johor Bahru sebagai penempatan sementara.

Kes disiasat mengikut Subseksyen 17 (1) (d) Akta Kanak-kanak 2001.

Menurutnya, orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan waris dan keluarga kanak-kanak berkenaan boleh menghubung­i talian 07-2232606.

 ??  ?? MUHAMMAD Haffizzudd­en dikesan tinggal di sebuah pusat siber di Kempas.
MUHAMMAD Haffizzudd­en dikesan tinggal di sebuah pusat siber di Kempas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia